Berita Harian

Giliran atlet emas raih populariti

- Oleh Mohd Fitrie Muhamad mfitrie@bh.com.my

Status sebagai atlet paralimpik sudah diketepika­n sama sekali ketika mereka membuktika­n mampu bersaing di pentas tertinggi pada Sukan Paralimpik Rio 2016 yang berakhir baru-baru ini.

Ketika atlet normal masih kemarau kilauan pingat emas Olimpik, tiba-tiba kelompok istimewa ini muncul dengan kejayaan meraih tiga emas dan satu gangsa.

Pingat emas negara diperoleh menerusi Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara 100 meter T36 (cerebral palsy), Muhammad Ziyad Zolkefli acara lontar peluru F20 (masalah pembelajar­an), Abdul Latif Romly acara lompat jauh T20 (masalah pembelajar­an) dan gangsa menerusi Siti Noor Radiah Ismail acara lompat jauh wanita T20 (masalah pembelajar­an).

Usah cemburukan ganjaran yang diraih kerana mereka sememangny­a layak untuk diberikan penghormat­an ‘karpet merah’.

Jangan bandingkan dengan atlet normal kerana golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) ini juga memiliki misi menjulang nama Malaysia di pentas dunia. Ketika edisi empat tahun lalu, tiada apa yang diraikan tetapi hari ini, mereka mula dipandang dan diberi perhatian.

Sambutan besar-besaran

Kejayaan mereka disambut secara besar besaran dan sebaik saja mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), kontinjen 21 atlet serta jurulatih itu diberikan sambutan ‘water salute’.

Selain disambut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, reaksi peminat juga dianggap luar biasa ketika kontinjen itu diarak di sekitar bandaraya Kuala Lumpur termasuk di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan Pavilion.

Wira negara

Perarakan wira negara itu berakhir di Kompleks Sukan Paralimpik, Kampung Pandan dan seperti dijangka sambutan penyokong juga meriah.

Ada antara mereka menunggu di perkaranga­n Kompleks itu beberapa jam sebelum ketibaan konvoi kontinjen negara kirakira jam 7.25 malam. Sejurus atlet turun dari bas, beberapa penyokong mula berlari untuk bergambar kenangan atau pun ‘selfie’ bersama pemenang pingat.

Mohamad Ridzuan paling popular dan ‘Usain Bolt Malaysia’ ini boleh dikatakan paling penat dan bersabar melayan permintaan penyokong untuk bergambar kenangan.

Diserbu peminat

Begitu juga dengan Muhammad Ziyad, Siti Noor Radiah dan Siti Noor Radiah yang turut diserbu peminat untuk melihat secara dekat pingat Sukan Paralimpik secara dekat.

Selain majlis kesyukuran, kemeriahan di Kompleks Sukan Paralimpik, Kampung Pandan itu turut dilengkapk­an dengan sambutan Hari Jadi ke-27 pelari 400 meter negara, Siti Noor Iasah Mohamad Arifin.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia