Berita Harian

Kami tak perlu tindak luar biasa: Love III

Kapten AS yakin skuad kini yang terbaik dalam serajah

-

Chaska, Amerika Syarikat

Piala Ryder bakal menyingkap tirainya Jumaat ini dan ketika pemain pilihan yang juga kapten Amerika Syarikat (AS) belum diumumkan, kapten David Love III (gambar) amat yakin dengan kemampuan pasukannya.

Love mengulas demikian ketika ditemubual stesen televisyen Golf Channel dan berkata pasukannya kali ini mungkin antara yang terbaik dalam sejarah skuad Piala Ryder AS. “Kami tidak perlu membuat sesuatu yang luar biasa, kami sememangny­a sebuah pasukan yang hebat, ini adalah pasukan terbaik yang mungkin pernah dibentuk,” kata Love.

Kemarau sejak 2008

Kenyataan berani Love itu mungkin akan menyebabka­n peminat golf AS gementar.

Skuad AS tidak pernah menyambar Piala Ryder sejak 2008. Namun, mereka muncul pilihan untuk menang kali ini dengan mereka diperkuatk­an kehadiran Dustin Johnson, Jordan Spieth dan Patrick Reed.

Love turut berharap rakan sepasukann­ya untuk lebih agresif tahun ini dan cuba beraksi untuk menang berbanding hanya kerana tidak mahu tewas.

“Kami perlu berdiri dengan yakin di sana, melakukan hayunan baik dan berjalan pergi dengan penuh bangga dan biarkan pasukan lain sedar kami menguasai mereka” katanya.

Kami perlu berdiri dengan yakin di sana, melakukan hayunan baik dan berjalan pergi dengan penuh bangga dan biarkan pasukan lain sedar kami menguasai mereka” David Love III , Kapten AS

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia