Berita Harian

Liverpool serlah watak juara

Kumpul 13 mata daripada empat kemenangan

-

Liverpool menghantar amaran betapa mereka adalah pencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas membelasah Hull City 5-1 yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain di Anfield, malam tadi,

Keputusan itu menyaksika­n The Kops meraih kemenangan keempat berturut-turut dan mengumpul 13 mata daripada enam perlawanan hasil empat kemenangan, satu seri dan satu kalah.

Anak buah Jurgen Klopp tidak perlu menunggu lama untuk mendahului apabila Adam Lallana menyudahka­n hantaran Phillipe Coutinho untuk gol pembukaan Liverpool pada minit ke-7.

Mane menjadi

Namun, tindakan El Mohammady yang memegang bola secara sengaja dalam kotak penalti menyaksika­n dia menerima kad merah dan James Milner mudah menyempurn­akan sepakan penalti untuk gol kedua Liverpool pada minit ke-30.

Pemain sayap, Sadio Mane yang sebelum ini menyaksika­n percubaann­ya mengenai palang akhirnya menemui sasaran untuk gol ketiga Liverpool enam minit berselang sebelum David Meyler mengurangk­an defisit pada minit ke-51.

Kegembiraa­n Hull City tidak bertahan lama apabila gandingan Coutinho dan Lallana meledak gol keempat buat Liverpool selepas hantaran Lallana disudahkan dengan baik oleh pemain Brazil itu seminit berselang.

Tidak cukup dengan empat gol, The Reds terus memburu jaringan dan Milner menyempurn­akan sepakan penalti keduanya untuk Liverpool terus selesa 5-1 selepas 71 minit perlawanan berlangsun­g.

Agensi

 ??  ??
 ??  ?? Milner (kanan) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan di Anfield, malam tadi,
Milner (kanan) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan di Anfield, malam tadi,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia