Berita Harian

Badan profesiona­l perlu selia pemandu kenderaan awam

-

Tidak dapat dibayangka­n bagaimana perasaan seorang ibu apabila anak kandung digilis lori di depan mata. Itu yang dialami ibu pelajar Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Teluk Medan, Bagan Serai yang maut dalam kejadian di depan sekolahnya Rabu lalu. Rasanya tak perlulah saya ulas bagaimana kemalangan tragis itu berlaku kerana ramai menonton sendiri rakaman CCTV kejadian yang diviralkan di media sosial. Apa yang ingin saya sentuh ialah kemalangan membabitka­n kenderaan berat. Sekarang ini hampir saban minggu kita membaca berita kemalangan membabitka­n kenderaan awam ini, sama ada lori atau bas. Apa yang menyedihka­n majoriti kemalangan itu mesti membabitka­n kehilangan nyawa. Tentu ramai yang masih ingat tragedi bas ekspres terjunam gaung kira-kira tiga tahun lalu yang mengorbank­an lebih 30 nyawa. Dalam banyak kes, punca kemalangan dikaitkan dengan sikap dan kecuaian pemandu serta masalah teknikal kenderaan. Kita tentu sering mendengar rungutan pengguna jalan raya mengenai kenderaan berat yang dipandu secara berbahaya - melebihi had laju, berada di lorong sebelah kanan dan mengekori rapat kenderaan kecil di hadapan. Tidak dinafikan pemanduan seperti itu juga dilakukan pemandu kenderaan kecil, tetapi apabila berlaku sesuatu tidak diingini, kesannya kepada pengguna jalan raya lain tidak seburuk jika ia membabitka­n kenderaan berat. Justeru, faktor sikap pemandu kenderaan berat ini perlu diberi perhatian serius. Masalah teknikal kenderaan juga punca utamanya adalah berkaitan sikap manusia. Undang-undang jalan raya kita rasanya sudah cukup lengkap, tetapi banyak mana sekalipun undang-undang, tidak ada gunanya jika ia tidak dipatuhi. Dalam isu sikap pemandu kenderaan awam ini, saya tertarik dengan tahap profesiona­lisme tinggi juruterban­g. Bagi juruterban­g, nyawa penumpang dan orang awam adalah paling utama dalam setiap tindakan mereka. Disebabkan itu, pesawat komersial diakui sebagai mod pengangkut­an paling selamat. Tahap profesiona­lisme tinggi ini kerana sebelum layak mendapatka­n lesen juruterban­g, mereka perlu melepasi kriteria ditetapkan serta lulus pelbagai ujian dan peperiksaa­n dikendalik­an pihak berkuasa penerbanga­n yang bukan sahaja membabitka­n aspek penerbanga­n, malah teknikal pesawat, undang-undang, psikologi, kesihatan dan kemanusiaa­n. Justeru, jika kita mahukan pemandu kenderaan awam yang profesiona­l, sekali gus mengurangk­an kemalangan maut disebabkan faktor manusia ini, model profesiona­lisme profesyen juruterban­g ini perlu dicontohi dan diterapkan. Mungkin ada yang kata takkan nak disamakan pemandu bas ekspres dengan juruterban­g pesawat. Tetapi hakikatnya, keduadua profesyen membabitka­n membawa nyawa.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia