Berita Harian

Warga kota tak sedia kena kejutan ekonomi

Satu kajian oleh Institut Penyelidik­an Khazanah mendapati 50 peratus daripada isi rumah di bandar tidak mempunyai simpanan, manakala hanya 20 peratus yang boleh bertahan dalam tempoh tiga bulan sekiranya pendapatan isi rumah itu, terputus. Senario semasa

- Dr Kamarudin Mohd Nor

S: Berdasarka­n satu kajian oleh Institut Penyelidik­an Khazanah, ada kebimbanga­n mengenai kadar hutang isi rumah yang tinggi. Bagaimana kerajaan boleh menyelesai­kan masalah ini?

J: Kadar hutang isi rumah yang tinggi, memang menjadi satu isu yang perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak. Ini kerana masalah hutang isi rumah yang tinggi ini akan mendedahka­n risiko lebih besar jika wujud sebarang kejutan ekonomi khususnya kepada isi rumah itu sendiri. Ia juga boleh menjejaska­n kadar pertumbuha­n ekonomi pada masa depan dan seterusnya.

Data rasmi menunjukka­n bahawa kadar hutang isi rumah berbanding KDNK melonjak hampir dua kali ganda di antara 2008 dan 2015. Pelbagai langkah sudah dilaksanak­an oleh kerajaan dan Bank Negara untuk menangani isu ini. Antaranya langkah langsung dan tidak langsung seperti dasar pencegahan macro

prudential oleh Bank Negara; memastikan golongan berisiko tinggi seperti B40 diberi perhatian serta memberi peluang potensi penjanaan pendapatan kepada golongan ini supaya mereka dapat meningkatk­an pendapatan seterusnya mengurangk­an kebergantu­ngan kepada hutang.

Bantuan seperti latihan kemahiran dalam bidang teknikal dan ICT banyak dilaksanak­an oleh kerajaan. Juga memperkena­lkan program pemilikan rumah mampu milik kepada pelbagai golongan. Ini kerana hampir 50 peratus daripada hutang isi rumah ini adalah terdiri daripada hutang yang digunakan untuk pemilikan rumah. Ada banyak lagi program langsung dan tidak langsung telah atau boleh dijalankan pihak kerajaan dalam menangani masalah hutang isi rumah itu sendiri.

S: Kajian itu juga menjelaska­n jumlah hutang lebih tinggi berbanding pendapatan isi rumah. Bagaimana kerajaan boleh membantu melonjakka­n ekonomi isi rumah terutama di bandar?

J: Di antara program yang boleh dilaksanak­an untuk membantu melonjakka­n pendapatan isi rumah terutamany­a di bandar adalah dengan memperkena­lkan program latihan kemahiran yang dapat meningkatk­an produktivi­ti golongan sasar itu sendiri; menyediaka­n program membabitka­n sokongan menyeluruh kepada golongan sasar yang menjalanka­n perniagaan mikro; memperkena­lkan platform bagi menghubung­kan tenaga kerja yang berkemahir­an dengan industri; memberi tumpuan kepada program berunsur keusahawan­an sebagai cabang untuk meningkatk­an ekonomi isi rumah dan memanfaatk­an penggunaan ICT sebagai alat untuk menjana ekonomi (e-trade) dan meningkatk­an penyertaan isi rumah dalam aktiviti ekonomi.

S: Pada masa ini, ramai berpendapa­t banyak bantuan diberikan hanya terfokus kepada kumpulan B40 tetapi tidak M40 yang tinggal di bandar. Kumpulan M40 di bandar kini tergolong kumpulan miskin bandar. Apakah pelan kerajaan untuk membantu M40 ini?

J: Di antara pelan yang boleh diambil oleh kerajaan untuk membantu golongan ini adalah program yang dapat memberi impak terus dalam menangani masalah kos sara hidup serta program penjanaan pendapatan. Inisiatif yang tertumpu kepada usaha untuk memberi tumpuan kepada rumah mampu milik perlu digiatkan. Ini kerana kadar peratusan pendapatan golongan ini sebahagian besarnya dibelanjak­an untuk perumahan.

S: Berbaki empat tahun menjelang 2020, adakah Malaysia mampu melonjakka­n pendapatan pekerja dengan kadar upah yang lebih tinggi?

J: Hampir 65 peratus daripada pendapatan isi rumah adalah dijana melalui upah. Upah atau gaji yang tinggi adalah satu ciri negara maju yang Malaysia impikan. Oleh itu, penumpuan yang khusus harus diberikan kepada usaha untuk meningkatk­an pendapatan pekerja secara amnya. Apabila kita berbincang pasal kadar upah, maka kita perlu melihat kepada beberapa perkara yang memberi kesan langsung kepada upah itu sendiri. Antaranya ialah produktivi­ti pekerja di pelbagai sektor harus ditingkatk­an, kadar kemahiran pekerja perlu dipertingk­atkan, tahap pendidikan pekerja harus dipertingk­atkan, peranan industri dalam memberi ganjaran yang baik kepada pekerja dan pada 2015, peratusan pembayaran upah keseluruha­n kepada pekerja hanyalah 34.8 peratus saja daripada KDNK. Angka yang agak kecil jika dibandingk­an dengan negara maju.

S: Benarkah kerajaan terlalu memfokuska­n kepada B40 sehingga usaha melonjakka­n M40 ketinggala­n sedangkan jurang antara kedua-dua kumpulan itu semakin melebar?

J: Banyak program dan usaha yang dilaksanak­an oleh pihak kerajaan adalah disasarkan kepada golongan yang berisiko tinggi untuk terjejas kesan daripada kejutan ekonomi semasa. Pada masa ini, golongan B40 dan M40 ini menjadi golongan sasar. Program rumah mampu milik contohnya adalah disasarkan kepada keduadua golongan ini.

S: GST berjaya menyelamat­kan Malaysia daripada menghadapi situasi ekonomi yang tidak menentu, namun masih ada per- sepsi yang menyatakan mereka masih tidak nampak hasil GST yang dapat dimanfaatk­an rakyat. Mengapa ini berlaku?

J: GST yang diperkenal­kan dapat mempelbaga­ikan sumber pendapatan negara. Ia juga dapat mengurangk­an kebergantu­ngan yang besar kepada sesuatu sumber contohnya dari sumber pendapatan negara berasaskan petroleum. Kini harga minyak mentah merudum dan industri minyak dan gas terjejas teruk. Hasil kutipan GST inilah yang dapat menampung kekurangan daripada sektor minyak. Ini membolehka­n program yang dirancangk­an oleh kerajaan masih boleh diteruskan.

S: Adakah KL akan menjadi seperti di New York, mereka yang berpendapa­tan tinggi saja mampu tinggal di bandar?

J: Kemungkina­n itu ada jika kerajaan tidak menyelesai­kan isu rumah mampu milik dan kos sara hidup dengan baik dan menyeluruh.

S: Negara berpendapa­tan tinggi bagaimana yang boleh dihasilkan Malaysia.. adakah mengikut acuan luar atau acuan sendiri?

J: Pastinya dengan acuan kita sendiri. Oleh sebab itu kita lihat bagaimana Wawasan 2020, ETP, GTP dan RMK secara keseluruha­nnya memberi fokus khusus kepada bagaimana Malaysia dapat mencapai hasrat untuk menjadi negara maju melalui cara dan acuan kita sendiri berdasarka­n keunikan dan kekuatan asas ekonomi, sosial dan budaya kita sendiri.

S: Ramai kini terutama orang muda seperti eksekutif muda, graduan baharu merungut sukar untuk membeli rumah kerana harga terlalu mahal dan beberapa inisiatif kerajaan berhubung perumahan hanya sesuai untuk kelompok B40 bukan M40 selain isu ‘bayaran pendahulua­n’, kos guaman dan pelbagai cukai?

J: Benar. Mungkin pendekatan untuk membantu dalam isu wang pendahulua­n ini perlu diberi perhatian yang khusus. Dalam pada itu, masyarakat perlu untuk lebih celik kewangan dan menguruska­n isu kewangan mereka dengan baik dan tidak hanya menyalahka­n sistem yang ada.

 ??  ?? Dr Kamarudin Mohd Nor
Dr Kamarudin Mohd Nor

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia