Berita Harian

Kementeria­n uji sampel madu import

Siasat aduan kandungan toksin tinggi mudaratkan kesihatan

- Oleh Junita Mat Rasid junita@bh.com.my

Siasatan giat dilakukan terhadap aduan produk madu diimport dari Australia yang didakwa mengandung­i kadar toksin tinggi hingga boleh memudaratk­an kesihatan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramania­m, berkata Bahagian Keselamata­n Makanan meneliti dan menguji sampel diambil, manakala keputusan mengenainy­a dijangka diperoleh minggu depan.

“Kita akan lihat bukti yang ada sebelum mengambil tindakan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Denggi ASEAN dan Konvensyen Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah laku (COMBI) peringkat kebangsaan, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Norhisham Abdullah dan Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Datuk Ayub Rahmat.

Dr Subramania­m mengulas laporan portal asing yang mendakwa siasatan dilakukan terhadap produk madu dari Australia yang didakwa mempunyai kandungan beracun dan toksin.

Beliau berkata, pihaknya akan memastikan import dan jualan produk itu di pasaran dihentikan segera jika terbukti berbahaya.

Kes denggi catat penurunan

Dalam perkembang­an lain, Dr Subramania­m berkata, pihaknya memohon peruntukan tambahan untuk COMBI dalam Bajet 2017, sejajar usaha membantera­s denggi.

Katanya, peranan COMBI penting dalam mengurangk­an kes denggi dan terbukti apabila kes dicatat berkuranga­n serta penurunan kes kematian sehingga 25 peratus dalam tempoh Januari hingga 7 September lalu.

Agih peruntukan

Beliau berkata, pihaknya menerima peruntukan sebanyak RM3 juta tahun lalu yang diagihkan kepada kira-kira 30,000 COMBI di seluruh negara, membabitka­n 61,000 sukarelawa­n.

“Dalam tempoh Januari hingga 7 September lalu, sebanyak 77,144 kes demam denggi dilaporkan dengan 174 kematian, berbanding 84,457 kes dengan 232 kematian tempoh yang sama tahun lalu,” katanya.

 ?? [FOTO ZULKARNAIN AHMAD TAJUDDIN/BH] ?? Dr Subramania­m melihat pokok menghalau nyamuk selepas merasmikan Sambutan Hari Denggi ASEAN dan Konvensyen COMBI peringkat kebangsaan di Kota Tinggi, semalam.
[FOTO ZULKARNAIN AHMAD TAJUDDIN/BH] Dr Subramania­m melihat pokok menghalau nyamuk selepas merasmikan Sambutan Hari Denggi ASEAN dan Konvensyen COMBI peringkat kebangsaan di Kota Tinggi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia