Berita Harian

Syabas JDT

Sambutan trofi kejuaraan hatrik liga diraikan dengan kemenangan besar ke atas T-team

- Oleh Mohd Fahmi Yusof dan Rizar Mohd Noor

Pemain JDT menjulang Piala Liga Super selepas pasukan itu menewaskan T-team 5-1 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam tadi. Walaupun berbaki satu perlawanan lagi JDT tidak akan dapat dipintas pasukan lain.

Johor Darul Ta’zim (JDT) menyambut trofi kejuaraan Liga Super malam tadi dengan penuh gemilang.

Stadium Tan Sri Hassan Yunos di sini, Larkin, bukan saja gamat dengan jeritan dan sorakan lebih 24,000, penonton malah lebih manis penyokong setia mereka meraikan kejuaraan hatrik itu dengan menyaksika­n Harimau Selatan membelasah T-team, 5-1.

Sebelum aksi membabitka­n JDT dan The Titans bermula, penyokong tuan rumah sudah pun memulakan keraian dengan melakukan alunan ombak ala `Mexican Wave’ bagi meriahkan suasana sebagai tanda menyambut kejayaan luar biasa itu.

Majlis penyerahan Piala Liga Super bersalut emas malam tadi disempurna­kan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin kepada Presiden JDT, Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim.

Sorakan penyokong

Tunku Tun Aminah kemudian menyerahka­n piala berkenaan kepada kapten JDT, Safiq Rahim sebelum disambut sorakan peminat yang hadir di stadium.

Semua pemain bersama pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kemudian mengelilin­gi stadium bagi sama-sama peminat meraikan kemenangan yang mencatat sejarah tersendiri itu.

Selesai sambutan di stadium, pemain kemudian berarak mengelilin­gi bandar raya Johor Bahru bersama piala menaiki bas khas sebelum ke Dataran Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) bagi acara sambutan bersama peminat.

Lokasi yang dilalui malam tadi adalah Jalan Datuk Jaafar, Kebun Teh, Tun Razak, Wong Ah Fook, Gereja, Trus, Ibrahim, Pantai Lido, Gerbang Mahkota Istana Bukit Serene (Jalan Skudai), Sungai Chat dan berakhir di Dataran MBJB.

Antara tetamu kenamaan yang hadir adalah Setiausaha Kerajaan Johor merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ), Datuk Ismail Karim.

Sementara itu, dalam aksi malam tadi, JDT melengkapk­an aksi terakhir di laman sendiri dengan rekod bersih tanpa kalah ketika saingan hanya berbaki satu perlawanan lagi.

Dalam aksi itu, gol pertama Harimau Selatan dihasilkan oleh Amirul Hadi Zainal, sebelum disusuli jaringan hatrik pemain import, Juan Martin Lucero manakala Abdoulaye Maiga menjaringk­an gol sendiri manakala Patrick Cruz buat T-team.

 ??  ??
 ?? [ FOTO HAIRUL ANUAR ABD RAHIM / BH ] ?? Pemain JDT meraikan kejayaan menjuarai Liga Super buat kali ketiga berturut-turut sebaik selesai aksi menentang T-team di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, malam tadi.
[ FOTO HAIRUL ANUAR ABD RAHIM / BH ] Pemain JDT meraikan kejayaan menjuarai Liga Super buat kali ketiga berturut-turut sebaik selesai aksi menentang T-team di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, malam tadi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia