Berita Harian

Peraturan diwarta akhir tahun

LARANG KENDERAAN BERAT LALU KAWASAN SEKOLAH

- Oleh Mohamed Farid Noh

Kementeria­n Pengangkut­an akan kuat kuasa pada waktu puncak dengan kadar segera untuk elak kejadian pelajar maut nahas depan sekolah berulang

Kementeria­n Pengangkut­an akan mewartakan peraturan melarang kenderaan berat melalui kawasan sekolah pada waktu puncak sekolah sebelum akhir tahun ini.

Timbalan Menteri Pengangkut­an, Datuk Ab Aziz Kaprawi, berkata cadangan itu perlu dilaksanak­an segera bagi memastikan isu perangkap maut depan sekolah diselesaik­an sebelum ia melarat.

Katanya, berdasarka­n maklum balas kepada laporan BH khususnya mengenai cadangan Jabatan Keselamata­n Jalan Raya (JKJR) mengenainy­a, beliau tidak menolak kemungkina­n ia dapat dilaksanak­an segera.

“Sebenarnya peraturan ini tidak perlu melalui proses penggubala­n undang-undang pun kerana sebelum ini sudah ada peraturan sama yang tidak membenarka­n kenderaan berat berada di atas jalan raya ketika musim perayaan, jadi kita yakin cadangan ini boleh dilaksanak­an dengan mudah dan segera.

Langkah tambahan

“Keputusan ini susulan peningkata­n kemalangan membabitka­n pelajar di depan sekolah dan kemalangan maut akibat kecuaian. Langkah ini juga tambahan kepada pelaksanaa­n Sistem KEJARA, yang hanya akan membatalka­n lesen memandu sekiranya pemandu digantung sebanyak tiga kali dalam tempoh lima tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan program Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) di Parit Paimin, Parit Yaani, Sri Gading dekat sini, semalam.

Kelmarin, JKJR mencadangk­an larangan kenderaan berat melalui kawasan sekolah sekurang-kurangnya dua jam ketika waktu puncak sekolah.

Ia berikutan laporan BH lokasi sekolah di tepi jalan besar yang turut menjadi laluan kenderaan berat, selain ketiadaan zon pemisah di antara sekolah dengan jalan, besi penghadang pejalan kaki serta jejantas dikenal pasti punca kemalangan maut terus berlaku di hadapan sekolah.

Dalam tempoh empat hari sejak Selasa lalu, tiga murid maut dirempuh di jalan utama di hadapan sekolah mereka di Bagan Serai, Perak; Dungun, Terengganu dan Alor Gajah, Melaka.

“Langkah tegas ini perlu bagi melindungi orang awam, terutama pelajar daripada menjadi mangsa kecuaian pemandu tidak bertanggun­gjawab,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan juga menimbang untuk membatalka­n serta-merta lesen pemandu yang memandu dengan cuai sehingga menyebabka­n kemalangan maut, berbanding sebelum ini lesen hanya dibatalkan selepas tiga kali kesalahan dalam tempoh lima tahun.

Ab Aziz berkata, Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) juga akan diminta menyenarai­kan pemandu cuai daripada pangkalan data Sistem Profil Pemandu bagi membolehka­n tindakan tegas diambil.

“Jika kita mendapati pemandu yang disenaraik­an itu mempunyai banyak rekod kesalahan dan dianggap berbahaya kepada awam, lesen memandunya akan dibatalkan sertamerta,” katanya.

 ?? [FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD/BH] ?? Ab Aziz (tiga dari kiri) beramah mesra bersama
penduduk yang melakukan pemeriksaa­n kesihatan pada Program Komuniti Sihat Perkasa Negara di Parit Paimin, Parit Yaani, Sri Gading, Batu Pahat, semalam.
[FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD/BH] Ab Aziz (tiga dari kiri) beramah mesra bersama penduduk yang melakukan pemeriksaa­n kesihatan pada Program Komuniti Sihat Perkasa Negara di Parit Paimin, Parit Yaani, Sri Gading, Batu Pahat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia