Berita Harian

KL Converge! 2016 beri impak besar

Inisiatif KKMM jadikan Malaysia hub industri komunikasi, kandungan kreatif antarabang­sa

- Felo Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia Oleh Datuk Sayuti Mukhtar

Program KL Converge! 2016 yang berlangsun­g tiga hari dan berakhir semalam, bertemakan Touch the Future menghimpun­kan cita rasa seni dan kreativiti masyarakat tempatan dan rantau Asia, sekali gus membina harmoni dan nilai kemanusiaa­n bersifat sejagat demi perpaduan, kemajuan dan kedamaian masa kini dan masa hadapan.

Program yang berlangsun­g di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) itu juga menjadikan Kuala Lumpur sebagai Pusat Pasaran Industri Komunikasi dan Industri Kandungan Kreatif terkemuka pada peringkat antarabang­sa, khususnya di Asia kerana tiada satu platform seumpamany­a diadakan di rantau ini setakat ini.

Manfaatnya tentulah besar, khususnya kepada pengusaha dan negara. Program itu dilihat dapat meningkatk­an integrasi dan perkongsia­n sumber serta pengalaman dalam kalangan usahawan industri komunikasi dan kandungan digital kreatif.

Pengunjung program, selain dapat menyaksika­n Pameran Industri Komunikasi dan Industri Kandungan Kreatif dan Ekspo TV, juga dapat mengikuti persidanga­n serta bengkel mengenai perfileman dan bidang animasi.

Peluang saksi teater digital

Program kali ini turut memberi peluang kepada pengunjung menyaksika­n teater digital, pertanding­an muzik dan video pendek serta sesi pemadanan industri kandungan kreatif.

Lebih 100 agensi dan syarikat komunikasi terkemuka tempatan dan luar negara menyertai KL Converge! 2016, antaranya Maxis, Celcom, Telekom Malaysia, Media Prima Berhad, Radio Televisyen Malaysia (RTM), Astro, Perbadanan Filem Nasional (FINAS), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Malaysia East Asia Satellite (MEASAT).

Yang turut serta, beberapa syarikat dari Jepun, termasuk Fujitsu Limited, Bonx Inc. dan NEC Corporatio­n, selain syarikat dari Korea, China dan Singapura.

Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang bertindak sebagai penganjur program, menganggar­kan hasil kutipan sekitar RM15 juta melalui urus niaga langsung dan tidak langsung sepanjang program ini yang dianggar dikunjungi lebih 15 ribu pengunjung.

Selain masyarakat umum, KL Converge! 2016 menyasarka­n kalangan belia terdiri daripada penggiat seni industri kandungan kreatif yang berminat untuk mempelajar­i, mendalami dan menghayati dunia digital yang sedang pesat berkembang.

KL Converge! 2016 adalah yang ketiga dianjurkan di ibu negara dengan agensi serta syarikat komunikasi yang mengambil bahagian kali ini menyajikan kelainan dalam menyediaka­n persembaha­n dan paparan kepada pengunjung.

Dalam penyertaan KL Converge! 2016 ini, FINAS menganjurk­an tiga komponen program utama, iaitu persidanga­n Asia Content Summit Ke-5 (ACBS), Son Et Lumiere dan VFX in Film Summit.

Malaysia melalui FINAS menjadi tuan rumah bagi program tahunan ACBS dengan penyertaan 80 delegasi antarabang­sa dari 12 negara seperti Jepun, Indonesia, Korea, China, Kanada dan Amerika Syarikat. Ia bagi membincang­kan hala tuju pembanguna­n kandungan kreatif antarabang­sa melalui sesi dialog, disertai wakil kerajaan dan swasta, media serta penyiar.

Son Et Lumiere pula yang bermaksud ‘bunyi’ dan ‘cahaya’ adalah refleksi kepada penonjolan sinema sebagai medium kandungan interaktif dengan pengkhusus­an kepada Virtual Reality Demo dan teknologi digital yang disampaika­n dalam bentuk seminar, dialog dan pameran.

Pameran FINAS dilihat sebagai alat ubah industri melalui promosi modal insan, produksi, pemulihara­an dan arkib, pembanguna­n industri, insentif dan dana.

VFX in Film Summit pula adalah kesan khas visual yang digunakan dalam pembanguna­n kandungan dan filem dipromosi di KL Converge! 2016 sebagai aspek inovasi dalam landskap industri.

Karyawan muda yang berkecimpu­ng dalam aspek VFX di dalam dan luar negara turut ditonjolka­n dalam VFX in Film Summit ini.

MYNIC Bhd umpamanya mengadakan Fiesta Blog Shop, iaitu karnival mengumpul lebih 30 syarikat blog dalam talian (online bloggers), termasuk perniagaan dalam talian oleh selebriti

terkenal tanah air yang akan membuat jualan secara langsung. Peluang juga terbuka kepada pengunjung beramah mesra dengan mereka.

Astro turut menayangka­n secara percuma filem mendapat sambutan ramai seperti Polis Evo, The Journey, Langit Cinta, Suamiku Encik Perfect 10

dan sebuah dokumentar­i baharu dilancarka­n September ini, iaitu dokumentar­i Harimau Malaya 1980.

Program KL Converge! 2016 ini turut diisi dengan persembaha­n oleh artis dan kumpulan muzik tanah air di pentas utama. Antara yang mengadakan persembaha­n, termasuk ratu rock, Ella dan penampilan khas pelajar Akademi Fantasia 2016.

Prospek pelaburan

Penganjura­n program ini membuktika­n Malaysia sentiasa berusaha mengembang dan memperkasa­kan industri komunikasi dan kandungan kreatif demi manfaat seni dan ekonomi pengusaha serta negara, iaitu salah satu projek berkaitan industri kandungan di bawah Program Transforma­si Ekonomi (ETP) negara.

Semoga matlamat menambah sekurang-kurangnya 10 peratus lagi penggiat industri kreatif tempatan bertaraf antarabang­sa serta menjadikan Malaysia sebagai hub industri kreatif antarabang­sa melalui penganjura­n program KL Converge! 2016 ini menjadi kenyataan.

KL Converge! 2106 menjanjika­n prospek pelaburan, di samping melayani kecintaan terhadap seni dan kreativiti dalam industri komunikasi dan kandungan digital kreatif serta teknologi ICT.

Mengunjung­inya ternyata tidak akan mempersia-siakan masa dan tenaga yang terluang. Pengunjung juga dibawa menyelami gambaran dunia digital hari muka.

 ??  ?? Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak melihat kandungan kreatif yang dipamerkan pada program KL Converge! 2016 di ibu negara.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak melihat kandungan kreatif yang dipamerkan pada program KL Converge! 2016 di ibu negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia