Berita Harian

Sanggup beratur kerana mi kicap

Resipi warisan keluarga digemari ramai di Gerai Mee Daud Mat Jasak

- Oleh Zubir Mohd Yunus zubir_yunus@bh.com.my

Pada satu persimpang­an jalan di tengah bandar Ipoh, Perak, orang ramai dilihat sedang beratur panjang di sebuah gerai makanan dan minuman.

Meja dan kerusi pula penuh, tiada ruang langsung jika hendak makan di situ.

Selepas diamati, gerai berkenaan dikenali dengan nama Mee Daud Mat Jasak. Berdasarka­n cerita rakan sekerja yang berasal dari Ipoh, mi kicap di gerai berkenaan, amat popular dan sangat sedap!

Difahamkan, keenakan mi kicap yang dihasilkan Mee

Daud Mat Jasak, turut mendapat perhatian pengunjung Cina.

Justeru, tidak hairanlah bersebelah­an dengan meja penulis, kelihatan sebuah keluarga Cina sedang leka menikmati beberapa mangkuk mi kicap dan mi kari. Benar seperti yang diperkatak­an orang ramai, mahupun menerusi media sosial, mi kicap

Daud sangat ‘power’! Penulis perlu akui, mi kicapnya layak dapat status lima bintang!

Belajar dari rakan Cina

Perniagaan mi kicap di sekitar bandar raya Ipoh, kebanyakan­nya dikuasai masyarakat Cina.

Ini menyebabka­n masyarakat Islam berasa was-was untuk menikmati mi kicap yang dikatakan popular di ibu negeri Perak.

Mi kicap di kedai Mee Daud Mat Jasak diasaskan dan diusahakan oleh peniaga Melayu. Suatu ketika dahulu, ia hanya sebuah gerai kecil saja, namun hari ini pengusahan­ya melakukan banyak penambahba­ikan dan pengubahsu­aian demi keselesaan pengunjung.

Pengusahan­ya yang juga cucu Allahyarha­m Daud, Mohamed Ashraf Mohamed Raffek terus meminta maaf kepada penulis selepas memperkena­lkan diri dan memberitah­unya kedatangan awal kami, tidak mendapat tempat duduk kerana gerainya terlalu sesak.

“Saya minta maaf banyakbany­ak. Pada waktu puncak, gerai kami memang sibuk, penuh, tak ada meja kosong.

“Maklum sajalah gerai kami kecil saja. Sebenarnya ramai yang beratur, bungkus mi bawa balik. Selain mi kicap dan mi kari, pelanggan kami suka bebola ikan, beratur panjang sebab mereka pilih sendiri bebola ikan yang jadi kegemaran masing-masing.

“Arwah datuk adalah pesara polis hutan. Beliau berhijrah dari Lambor ke Ipoh dengan mengayuh basikal. Dalam masa sama, beliau ada kawan karib, seorang lelaki Cina. Arwah datuk belajar menghasilk­an mi kicap dan mi kari daripada teman rapatnya itu.

“Akhirnya arwah datuk buat keputusan nak buka gerai kecil menjual mi. Inilah tapak asal gerai milik arwah datuk yang masih ‘bernafas’ hingga hari ini,” terang Ashraf.

Ramuan rahsia keluarga Daud

Ashraf yang memiliki diploma dalam bidang kulinari dari sebuah kolej terkemuka di Kuala Lumpur, menjelaska­n ramuan yang paling digemari oleh kaum Cina, diubah suai dan dinaik taraf oleh arwah datuknya, sekali gus menjadi resipi rahsia keluarga mereka.

“Saya sendiri belajar menghasilk­an kuah mi kicap dan mi kari daripada emak. Kini ia menjadi resipi warisan keluarga Daud.

“Insya-allah sekiranya ada rezeki lebih, saya dalam perancanga­n mengendali­kan gerai bergerak atau food truck sekitar Ipoh menjual pelbagai jenis mi, tapi menu istimewa kami, mi kicap dan mi kari. “Ini wajib ada,” katanya yang pernah bertugas di bahagian dapur, sebuah hotel di ibu negara.

Saya sendiri belajar menghasilk­an kuah mi kicap dan mi kari daripada emak. Kini ia menjadi resipi warisan keluarga Daud Mohamed Ashraf Mohamed Raffek, Pengusaha Mee Daud Mat Jasak

 ??  ??
 ?? Foto Zunnur Al-shafiq ?? Gerai asal yang pernah diusahakan Allahyarha­m Daud masih kekal hingga hari ini.
Foto Zunnur Al-shafiq Gerai asal yang pernah diusahakan Allahyarha­m Daud masih kekal hingga hari ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia