Berita Harian

Seribu selekoh 24 jam

-

Pengembara­an lasak lebih 1,000 km bersama motosikal berkuasa tinggi Peserta merasai menunggang motosikal selama mungkin, melayani jalan yang berselekoh dengan keadaan jalan yang di luar jangkaan, menempuhi cuaca panas dan hujan serta waktu malam dan siang Samsudin Sarif, Presiden ABB

Oleh Matzidi Dris mzidi@bh.com.my

Mengembara dengan motosikal berkuasa tinggi untuk pergi dan balik dalam tempoh 24 jam, meliputi jarak 1,025 kilometer (km).

Itulah rekod kembara yang dilakukan oleh kumpulan

All Brother Bikers (ABB) pada awal bulan ini.

Pengembara­an yang dinamakan Seribu Selekoh 24 Jam Edisi Kedua 2016, atau (TC24HRS Vol.2 Tahun 2016) itu bermula pada jam 7 pagi dan berakhir pada jam 7 pagi keesokanny­a.

Ia bermula di sebuah stesen minyak selepas Plaza

Tol Gombak dan berakhir di Hentian Rehat dan Rawat (RNR) Sungai Buloh.

Laluan empat negeri

Presiden ABB, Samsudin

Sarif, berkata laluan yang dipilih adalah jalan lama yang berselekoh, mendaki dan menuruni bukit membabitka­n empat negeri iaitu Selangor, Pahang, Kelantan dan Perak.

Laluan itu bermula dari Gombak menghala ke Raub terus Sungai Koyan, Cameron Highlands, Gua Musang,

Dabong, Jeli, Banjaran Titiwangsa, Gerik, Tebing Teras, Taiping, Kuala Kangsar, Manong, Bruas, Malim Nawar dan Bidor.

“Kembara ini adalah program tahunan ABB, yang diperkenal­kan tahun lalu bagi laluan yang sama. Kejayaan TC24HRS 2015 menjadi penyuntik semangat dan keinginan tinggi semua ahli terutama mereka yang tidak berpeluang menyertai acara pada tahun lalu sekali gus untuk menguji ketahanan diri,” katanya.

Menguji ketahanan, disiplin

Samsudin berkata, TC24HRS itu memberi pengalaman baharu kepada semua peserta untuk merasai menunggang motosikal selama mungkin, melayani jalan yang berselekoh dengan keadaan jalan yang di luar jangkaan, menempuhi cuaca panas dan hujan serta waktu malam dan siang.

Peserta dalam pengembara­an ini hanya berhenti rehat untuk makan, solat, mengisi minyak dan rehat di tempat dan pada tempoh yang ditetapkan.

Beliau berkata, matlamat kembara itu memberi peluang kepada peserta menguji ketahanan diri dari sudut mental dan fizikal, memantapka­n lagi kemahiran menunggang dengan betul, membina disiplin diri dalam menepati masa dan mematuhi arahan, membina semangat berpasukan, serta berkongsi pengetahua­n dan pengalaman menunggang motosikal.

“Selain itu, semua penunggang (ride) ini dikawal oleh Marshall yang dilantik supaya mereka mematuhi kelajuan yang dikawal, mengelakka­n elemen perlumbaan, mengekalka­n pergerakan berkonvoi dan keutamaan adalah keselamata­n peserta. Cara ini dapat memberi keyakinan peserta untuk kekal mengharung­i misi yang penuh dengan cabaran,” katanya.

Promosi destinasi pelanconga­n

Selain ahli ABB, Kembara TC24HRS disertai anggota kelab motosikal lain dari Selangor, Perak, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan seorang peserta tunggal dari Singapura.

“Kami berhenti di beberapa lokasi untuk sesi bergambar terutama di kawasan yang mempunyai pemandanga­n yang cantik, menarik dan ada nilai sejarah serta mercu tanda bagi setiap daerah atau negeri untuk dijadikan kenangan,” kata Samsudin.

Selain itu, katanya, mereka berhenti di tempat makan yang sesuai bukan saja sekadar mengisi perut dan menghilang­kan dahaga, tetapi membincang­kan perkara atau masalah yang dihadapi sepanjang pengembara­an yang mereka lalui.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia