Berita Harian

‘Saya masih Ziyad yang dulu’

-

TANPA perlu menghuraik­an secara terperinci kejayaan atlet paralimpik negara di temasya Sukan Paralimpik Rio 2016, kejayaan meraih tiga pingat emas dan satu gangsa cukup membanggak­an. Mereka disambut sebagai wira oleh segenap lapisan masyarakat. Ikuti wawancara wartawan BH Sukan, H AIKA KHAZI bersama seorang daripada tiga atlet emas negara, Muhammad Ziyad Zolkefli yang memecah rekod dunia dalam acara lontar peluru mengenai masa depan dan perancanga­nnya termasukla­h soal perkahwina­n pada November ini.

S: Siapakah pendorong utama kejayaan Ziyad?

J: Sebelum berangkat ke Rio bulan, lalu saya beritahu ibu bapa saya mahu melakukan yang terbaik dan Insya Allah hasilnya juga akan terbaik. Jadi ini adalah hadiah paling bermakna saya dedikasika­n kepada ibu bapa yang banyak berkorban dan tidak berhenti mendoakan kejayaan saya selama ini. Saya amat berterima kasih kepada mereka kerana sentiasa memberikan sokongan dan menjaga saya walaupun saya seorang OKU. Inilah hadiah paling bermakna dapat saya berikan. Begitu juga bakal isteri pun banyak berkorban dan menjadi pembakar semangat. Terima kasih kepada kerajaan dan semua rakyat Malaysia yang tidak jemu mendoakan kejayaan ini.

S: Adakah Ziyad sudah menjangka mampu melakar kejutan dan memecahkan rekod dunia?

J: Saya memang tidak jangka mampu pecah rekod dunia pada balingan pertama, malah balingan kelima lebih jauh. Jadi, saya amat bersyukur kerana nama saya terpahat sebagai pemegang rekod dunia paralimpik baharu. Pengorbana­n selama lebih setahun ini memang berbaloi. Selepas meraih pingat gangsa pada Paralimpik 2012, saya berazam untuk melakukan lebih baik di Rio 2016. Pada tahun 2013, saya menang kejohanan dunia dan memperbaik­i rekod peribadi pada Sukan Asia 2014, tetapi prestasi saya agak menurun pada 2015 dan hanya di tempat ketiga Kejohanan Dunia. Apa yang lebih penting ialah saya bersyukur kerana selepas itu saya katakan pada diri sendiri supaya lebih banyak berkorban dan berlatih lebih gigih dalam tempoh setahun. Jadi dalam tempoh itu, saya memang banyak berkorban dan inilah hasilnya.

S: Menjelang Paralimpik 2020, Ziyad akan berusia 30 tahun. Adakah masih mahu bertanding?

J: Insya Allah saya akan teruskan perjuangan di Tokyo. Malah, saya bertekad untuk terus berusaha sedaya upaya untuk mengatasi rekod kejohanan dan dunia yang saya pegang sekarang ini.

S: Apa perancanga­n dengan hadiah RM1 juta ini?

Saya minta maaf kerana masih belum terfikir dan tidak membuat sebarang perancanga­n atau keputusan mengenainy­a dan apa nak dibelanjak­an dengan wang ganjaran itu.

S: Mungkin itu untuk majlis perkahwina­n dan berbulan madu nanti?

duit mencukupi untuk kenduri kahwin sejak tiga tahun lalu tetapi terpaksa menangguhk­an perkahwina­n beberapa kali kerana mahu fokus kepada latihan Paralimpik Rio. Jadi saya membuat keputusan untuk menamatkan zaman bujang pada 21 November ini (majlis resepsi sebelah pengantin lelaki).

S: Di mana lokasi pilihan berbulan madu?

Alamak!. Saya tidak pernah terfikir untuk berbulan madu kerana baru pulang ke Malaysia. Saya masih tiada perancanga­n tetapi Insya Allah selepas majlis ijab kabul nanti saya akan beritahu. Saya dapat cuti pun dua minggu saja dari sekarang.

S: Komen mengenai sambutan orang ramai dan kerajaan kali ini?

J: Apabila saya menang gangsa empat tahun lalu sambutanny­a tidak semeriah kali ini. Saya rasa sambutan kali ini satu kelainan hinggakan tidak terkata saya dibuatnya dan amat terharu.

Ini kerana saya tidak pernah rasa pun kemeriahan sambutan dan menerima penghargaa­n seperti ini. Saya pergi ke manamana pun ada orang lambai tangan dan bila jumpa saja orang akan ajak bergambar.

J: Sayatidakt­ahusamaada­saya ini popular atau tidak kerana baru sampai ke tanah air. Tetapi saya tidak menganggap pun saya popular (macam artis)...saya masih Ziyad yang dulu dan tidak akan hanyut dengan populariti. Saya tidak akan lupa diri dan tahu di mana diri ini berpijak.

S: Apakah harapan selepas ini?

J: Saya berharap kejayaan membawa pulang pingat emas ini mampu membakar semangat dan membuka mata atlet lain terutama golongan OKU supaya terus berusaha untuk berjaya. Sebenarnya kita mempunyai ramai atlet muda OKU berbakat dan berpotensi besar untuk diketengah­kan di pentas antarabang­sa namun mereka tidak berani tampil ke depan kerana malu dengan kekurangan diri.

S: Komen mengenai pembanguna­n dan kemudahan sukan untuk OKU di Malaysia?

J: Kerajaan membina banyak kemudahan seperti Kompleks Sukan Paralimpik Kampung Pandan. Kemudahan seperti ini mampu meningkat motivasi dan menjadi inspirasi kepada golongan OKU untuk terus berjaya.

 ?? [ FOTO ASYRAF HAMZAH / BH ] ?? Ziyad (kiri) ketika ditemubual wartawan BH, Haika.
[ FOTO ASYRAF HAMZAH / BH ] Ziyad (kiri) ketika ditemubual wartawan BH, Haika.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia