Berita Harian

Pemimpin dan penyokong perlu seiring

-

Ramai pemimpin bola sepak negara yang tidak bersetuju dengan corak pentadbira­n Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), ‘dimatikan’ daripada terus lantang memperjuan­gkan martabat sukan yang paling digilai di ini.

Ironinya, bantahan hebat pernah dizahirkan beberapa pemimpin berjawatan tinggi dalam FAM sepanjang tempoh 30 tahun kebelakang­an ini tetapi akibatnya, mereka dihukum atau disingkirk­an secara tidak langsung.

Pernah juga seorang bekas Naib Presiden menyuaraka­n rasa tidak puas hatinya terhadap kepimpinan presiden dalam mesyuarat. Akibatnya, FAM seperti memulaukan persatuan yang diwakil pemimpin itu dan presiden tidak pernah mahu menjejakka­n kaki ke negeri terbabit.

Tidak kurang juga cerita ramai Ahli Jawatan Kuasa Eksekutif FAM yang ‘dicantas’ kerana enggan untuk berkomplot dalam setiap arahan yang tidak akan menjamin masa depan bola sepak kita.

Kini, Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tampil memperliha­tkan kelantanga­n dan karisma membidas kepimpinan FAM dan menghentam cara pentadbira­n nepotisme serta hipokrasi FAM.

Ramai pengikut dan penyokong bola sepak negara melihat usaha yang dilakukan TMJ sebagai satu sinar kepada era baharu ‘pembersiha­n’ FAM sekali gus memberikan satu lagi harapan kepada anjakan martabat bola sepak Malaysia selepas usaha awal dipatahkan.

Bagaimanap­un, umpama satu permainan politik, ada pula puak pro FAM menyuntik racun kebencian terhadap pemilik Johor Darul Takzim FC (JDT). Golongan antagonis ini mengambil kesempatan terhadap kelemahan TMJ dengan menyebarka­n virus perpecahan di kalangan penentang FAM sendiri.

Hapus elemen negatif

Taktik jijik ini sedikit menampakka­n hasil namun keegoan TMJ adalah tonik sebenar kepadanya untuk meneruskan revolusi ini. Rakyat Johor dan kebanyakan penyokong kental bola sepak negara yang mendukung penuh usaha TMJ untuk mentransfo­rmasikan FAM sering diapiapika­n agar berlaku perpecahan.

Tuduh-menuduh, kecammenge­cam dieksploit­asikan di media sosial oleh netizen yang berpanjika­n logo FAM.

Pemuafakat­an di antara seluruh rakyat yang inginkan perubahan harus menjadi tunjang kepada perjuangan TMJ dan mereka yang menyokong. Tumpuan menyeluruh harus difokuskan kepada Wisma FAM. Setiap elemen negatif jangan diserap kerana ia pasti akan memberi impak terhadap usaha ini.

Bersatulah kita dengan semua pihak yang bersama dalam perjuangan ini. Jangan sekali kita dimomokkan dengan wabak kebencian yang dicipta khas golongan kapitalis. Selamatkan bola sepak Malaysia dan satukan jiwa kita. Agenda utama adalah penentanga­n terhadap FAM bukan bermusuh sesama kita.

Nokhtahkan elemen negatif di antara saya, anda dan dia. Salurkan setiap tumpuan untuk mengakhiri zaman kegelapan sukan yang paling kita sayangi ini. Yakin boleh, kita pasti mampu melakukann­ya. Sokonglah sesiapa saja tokoh yang mampu membawa satu dimensi baru bola sepak Malaysia.

Kehebatan empayar Mongolia pada tahun 1206 hingga 1227 bukan setakat bergantung kepada ketokohan dan kepintaran Genghis Khan, ia turut dipengaruh­i pemuafakat­an pengikut dan pejuangnya. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia