Berita Harian

Jerung putih inspirasi ‘Shark Boy’

Perenang paralimpik Afrika Selatan, Achmat Hassiem jadikan insiden hilang sebelah kaki dibaham jerung sebagai pendorong raih kejayaan

- Susunan Oleh Haika Khazi mfaizultbh.com.my

Atlet paralimpik dari Afrika Selatan, Achmat Hassiem, 34, tidak pernah berdendam terhadap ikan jerung putih yang membaham kaki kanannya, kira-kira 10 tahun lalu.

Kejadian itu berlaku ketika Hassiem sedang menjalani latihan untuk menjadi ‘lifeguard’ (penyelamat) bersama adiknya, Tariq di Pantai Sunrise, Muizenberg, dekat Cape Town.

Berikutan serangan itu, Hassiem dikejarkan ke hospital dan kaki kanannya terpaksa dipotong sehingga paras bawah lutut kerana tidak dapat diselamatk­an lagi.

Bagaimanap­un, kejadian itu tidak mematahkan semangat Hassiem yang dikenali sebagai ‘Shark Boy’ untuk terus berjaya dalam hidup termasuk menjadi atlet renang paralimpik Afrika Selatan.

Malah, Hassiem menegaskan insiden itu menjadi inspirasi kepadanya untuk mengabdika­n diri sebagai jurucakap kepada sebuah pusat perlindung­an ikan jerung di Cape Town, Afrika Selatan.

Pemenang pingat gangsa acara 100m kuak kupu-kupu di Sukan Paralimpik London 2012 berkenaan menegaskan peristiwa diserang jerung putih pada 2006 menjadi titik tolak dan banyak mengubah cara hidupnya.

“Menjadi sebahagian daripada atlet sukan paralimpik adalah satu penghormat­an tertinggi untuk saya. Percayalah, walaupun hanya mempunyai satu kaki, ia banyak memberi motivasi untuk menjadi atlet berjaya.

Terima kasih kepada jerung

“Sebahagian atlet paralimpik mempunyai kecacatan lebih daripada saya, namun mereka berjaya menunjukka­n kekuatan luar biasa dan mencipta kejayaan, sedangkan saya hanya mampu menyimpan impian.

“Oleh itu bagi saya sukan paralimpik boleh disimpulka­n dalam satu perkataan ‘insiprasi,” katanya.

Berkongsi kembali detik hitam itu, Hassiem berkata, ia bermula apabila ternampak seekor ikan jerung putih sepanjang 4.7 meter sedang berenang mengelilin­gi adiknya, Tariq, ketika mereka sedang menjalani latihan untuk menjadi penyelamat di per airan Pantai Sunrise.

Melihat nyawa adiknya mungkin terancam, Hassiem kemudianny­a bertindak nekad menepuk tapak tangan ke permukaan air untuk menarik ikan jerung putih terbabit supaya datang ke arahnya bagi membolehka­n Tariq berenang ke bot berhampira­n untuk menyela- matkan diri.

Tindakan Hassiem itu berjaya menyelamat­kan Tariq, namun dia terpaksa melakukan pengorbana­n besar apabila kaki kanannya dibaham ikan jerung putih terbabit dan hampir kehilangan nyawa akibat serangan ganas itu.

Bagaimanap­un, Hassiem menegaskan dia tidak pernah kesal dengan tindakanny­a menyelamat­kan Tariq, malah bersyukur dapat berbuat demikian kerana kejadian itu mempunyai banyak hikmahnya.

“Jerung itu memberikan saya begitu banyak peluang dalam hidup ini termasuk mewakili negara (ke sukan paralimpik) dan mengubah dunia. Pada mulanya, saya hanyalah seorang kanak-kanak yang mempunyai banyak impian, namun selepas kejadian itu saya menjadi seorang individu yang mencapai segala impian.

“Jadi sebagai tanda terima kasih (kepada jerung) saya kini menjadi penasihat bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentinga­n pemelihara­an dan pemulihara­an alam sekitar terutama jerung putih,” katanya.

Hassiem juga sering membayangk­an ada seekor ikan jerung putih besar sedang mengejarny­a sebagai inspirasi untuk berenang lebih laju apabila sebarang menyertai pertanding­an atau kejohanan.

 ??  ?? putih ketika
yang dibaham jerung
Kaki kanan Hassiem
10 tahun lalu. Sunrise, Muizenberg, menjalani latihan di Pantai
putih ketika yang dibaham jerung Kaki kanan Hassiem 10 tahun lalu. Sunrise, Muizenberg, menjalani latihan di Pantai
 ??  ??
 ??  ?? Hassiem memperaga pingat gangsa yang dimenangin­ya.
Hassiem memperaga pingat gangsa yang dimenangin­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia