Berita Harian

United bangkit luar biasa

Pogba turut pecah kebuntuan gol dengan sumbat satu jaringan pada minit ke-42

-

Tiga kekalahan berturut-turut sebelumnya tidak melunturka­n semangat barisan Jose Mourinho untuk memenangi aksi menentang penyandang juara, Leicester City di Old Trafford semalam, dengan semua gol termasuk satu menerusi Paul Pogba diledak pada separuh masa pertama

Paul Pogba akhirnya menamatkan penantian gol pertamanya buat Manchester United sejak melengkapk­an rekod perpindaha­n termahal dunia dengan membantu pasukannya itu meratah Leicester City 4-1, semalam.

Pogba sudah mengharung­i lima perlawanan tanpa gol sejak tiba dari Juventus dan terpaksa menahan kritikan pedas susulan persembaha­n di bawah tahap sebenar.

Tetapi nama perancang tengah Perancis berusia 23 tahun itu akhirnya berada dalam senarai penjaring selepas mencetak gol menerusi tandukan padu pada minit ke-42 untuk menewaskan penjaga gol Leicester, Ron-robert Zieler di Old Trafford.

Ia adalah gol keempat United di separuh masa pertama tatkala skuad kendalian Jose Mourinho membenam skuad juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Landasan tepat

“Saya sangat gembira dengan keputusan dan gol ini. Saya berharap ia bukannya yang terakhir,” kata Pogba kepada Sky Sports.

Gol Pogba antara salah satu daripada peningkata­n aspek yang dipamerkan United tatkala mereka kembali berada pada landasan yang tepat selepas dua kekalahan liga sebelum ini.

Malah, tiga lagi gol United dijaringka­n Juan Mata, Marcus Rashford dan Paul Pogba dalam tempoh lima minit bermula pada minit ke-37 aksi terbabit, manakala gol sagu hati Leicester disumbangk­an Demarai Gray (m-60).

Ditanya sekiranya dia terganggu dengan kritikan diterimany­a dan seluruh skuad United, Pogba menambah: “Saya tidak melihat akhbar. Saya hanya bercakap satu perkara - pada akhirnya kita akan lihat sesuatu.

“Kami sangat fokus, kami tahu ia akan menjadi aksi yang sangat sukar dan kami menunjukka­n persembaha­n besar hari ini (semalam). Kini kami mahu memastikan­nya ia dapat diteruskan.”

 ?? [ FOTO REUTERS ] ??
[ FOTO REUTERS ]
 ??  ?? Rashford (kiri) menewaskan penjaga gol Leicester untuk jaringkan gol ketiga United di Old Trafford, malam tadi.
Rashford (kiri) menewaskan penjaga gol Leicester untuk jaringkan gol ketiga United di Old Trafford, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia