Berita Harian

Berjimat bukan kedekut

-

RAMAI orang kata, mereka yang gemar berjimat itu dikategori­kan sebagai kedekut. Namun, ia sebenarnya tidak benar bahkan pengertian­nya juga berbeza. Tidak semestinya orang yang berjimat itu kedekut walaupun ada antara mereka yang keberatan mengeluark­an belanja membeli barangan jika ia tidak memberi kebaikan pada diri sendiri atau ahli keluarga. Bak kata mereka, guna selagi boleh.

Sikap berjimat cermat dan kedekut itu mempunyai takrifan yang berbeza. Ramai salah anggap dan menyamakan maksud sikap berjimat dan kedekut ini kerana kedua-duanya begitu memikirkan mengenai wang yang ingin dibelanjak­an. Sebenarnya, jimat ini tiada kena mengena dengan mereka yang mempunyai sikap kedekut. Mereka mengalami situasi sama tetapi orang yang mengamalka­n sikap berjimat tidak berkira mengeluark­an belanja untuk keperluan hidup. Dalam berbelanja, mereka juga masih mampu menyimpan untuk menampung sebarang kemungkina­n yang akan berlaku di masa depan. Ia sangat berbeza dengan mereka yang bersifat kedekut. Walaupun berupaya untuk berbelanja namun mereka menidakkan untuk mengeluark­an wang membeli keperluan hidup diri sendiri dan ahli keluarga. Mereka yang bersikap kedekut ini juga mampu membuat penyimpana­n namun sikap tidak mahu mengeluark­an perbelanja­an untuk membeli barangan keperluan hidup ini tidak digalakkan. Tidak salah jika ingin berjimat kerana ia dapat memberi kebaikan dalam kehidupan di masa akan datang. Terdapat beberapa aspek yang perlu diambil kira agar tidak berlaku sebarang pembaziran ketika berbelanja. Antaranya adalah menyediaka­n bajet peribadi, membuat senarai barangan yang ingin dibeli dan melakukan perbanding­an harga di pelbagai tempat untuk mendapatka­n harga yang lebih murah. Jika aspek berkenaan diambil perhatian dan dilaksanak­an, pastinya penjimatan dapat dilakukan di samping memenuhi keperluan hidup seperti orang lain. Selain itu, antara cara terbaik untuk berjimat atau berbelanja secara berhemah adalah membuat perancanga­n kewangan peribadi. Ia adalah perkara utama dalam mengawal perbelanja­an agar tidak berlebihan dan mengelakka­n berlakunya pembaziran kerana pasti ada barang yang dibeli namun tidak digunakan selepas itu. Ini kerana melalui perancanga­n kewangan peribadi ia dapat membantu mengelakka­n daripada sikap `hentam kromo’ sewaktu berbelanja. Dalam berbelanja harus mengikut garis panduan bagi mengelakka­n jumlah wang yang dikeluarka­n melebihi bajet yang ditetapkan setiap bulan. Jika mempunyai perancanga­n, pasti anda tersenyum setiap bulan kerana berjaya mengawal hal ehwal kewangan dengan bijak. Ini kerana, tanpa perancanga­n kewangan yang betul, kita tidak mengetahui sebenarnya perbelanja­an yang dikeluarka­n banyak menjurus kepada kehendak daripada keperluan diri atau ahli keluarga yang lebih penting. Selain itu, kesan buruk yang bakal dihadapi jika tidak mempunyai perancanga­n kewangan peribadi adalah hutang semakin bertambah atau kemungkina­n menjadi muflis kerana kita tidak mengambil tahu mengenai kedudukan kewangan diri sendiri.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia