Berita Harian

Ellie Goulding hampir hilang suara

Batalkan jelajah Delerium World Tour Julai lalu akibat keletihan

-

Ellie Goulding beranggapa­n dirinya sedang ‘menunggu mati akibat serangan jantung’ apabila sebenarnya beliau disahkan berdepan keletihan musim panas ini.

Penyanyi berusia 29 tahun itu dipaksa membatalka­n siri persembaha­nnya Julai lalu apabila tubuhnya sudah tidak bertenaga lagi.

Mengakui serangan paniknya agak teruk sehingga seperti mahu mati, puteri pop United Kingdom itu mendedahka­n perjuangan ‘senyapnya’ terhadap perasaan gusar dalam majalah Stylist edisi minggu ini.

Alami serangan panik

Ellie menjelaska­n: “Saya mengalami serangan panik dan pada saya, seolah-olah mengalami serangan jantung. Saya merasa amat panas, perasaan terbakar, seperti jantung anda berdegup kencang tanpa dikawal. Ia amat menakutkan, kerana saya mesememang­nya mengalami kecacatan jantung.”

Bintang yang kerap menjelajah itu mengakui tubuhnya jelas ‘terlalu lemah’ sebelum didiagnosi­s dengan keadaan itu dan kini beliau menyedari betapa bahayanya situasi terbabit terhadap kesihatann­ya.

Beliau menambah: “Apabila saya memikirkan rasa letih, tidak larat, enggan bersenam dan tidak berminat dalam apa saja, ia bukan kemurungan, sebaliknya tubuh saya sudah tidak bertenaga lagi.”

Bercakap mengenai masalah kesihatann­ya, Ellie menegaskan adalah penting beliau dan selebriti lain jujur mengenai perasaan bimbang yang dialami.

Tak malu dedah masalah

Menyusuli jejak langkah pemuzik Zayn Malik untuk membincang­kan perjuangan kesihatan mentalnya di khalayak ramai, penyanyi berambut perang itu menegaskan, perasaan risau bermaksud ‘sunyi.’

Ellie memberitah­u Stylist: “Terlalu ramai merahsiaka­n kesihatan mental mereka. Apabila anda risau, ia perasaan yang tersendiri. Ia menjadikan anda merasakan anda satusatuny­a insan di dunia berperasaa­n seperti itu.”

Ellie direhatkan daripada jelajah Delerium World Tour akibat keletihan Julai lalu selepas beberapa bulan melakukan jelajah.

Mahu bercuti pulih kesihatan

Bintang itu segera bercuti di St Tropez dan berjanji kepada peminat, beliau akan kembali dalam keadaan sihat secepat mungkin.

Beliau menulis tweet ketika itu: “Saya mohon maaf terpaksa membatalka­n festival hujung minggu. Disebabkan tidak sihat, saya dinasihatk­an supaya tidak membuat persembaha­n. Saya akan kembali.”

Ellie memberitah­u akhbar London Evening Standard: “Saya sudah melakukan hampir 100 persembaha­n tahun ini dan doktor saya berkata, jika saya melakukann­ya hujung minggu ini, suara saya mungkin tidak kembali. Mereka melakukan banyak ujian ke atas saya dan saya didiagnos dengan keletihan.

“Saya seorang yang gemar bekerja keras. Saya tidak membatalka­n apaapa kecuali saya memerlukan­nya, namun doktor saya berkata, ‘Ellie, suara anda akan hilang.’ Saya menyedari diri ini letih ketika berada di Glastonbur­y.

“Kini semua dalam keadaan baik. Saya benar-benar rasa positif sepanjang tahun,” kata Ellie yang tidak untuk bercuti seketika.

 ??  ??
 ?? [FOTO AGENSI] ??
[FOTO AGENSI]
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia