Berita Harian

Menarik TV Hari Ini

-

→ Pondok Itu Rumahku

Kisah sebuah keluarga yang miskin dan daif, Pak Sudin dan isterinya Rahimah bersama lima anak mereka iaitu Syukri, Safuan, Sarimah, Salwa dan Saiful yang berusia lapan tahun. Konflik bermula apabila Pak Sudin menjual Syukri kepada pasangan suami isteri, Suhaimi dan Zaleha yang tinggal di bandar kerana kesempitan hidup. Semua itu berpunca daripada sikap Pak Sudin yang gemar berjudi dan berhutang.

TV3, 3 petang

Pelakon: Danish Hazriq, Amyza Aznan, Nasir Bilal Khan, Ku Faridah, Amirul Faqeem, Nina Iskandar dan Wilma Muhammad

PANGGUNG AHAD → Siti Oh Siti

Syarikat Gempak gagal mendapatka­n kontrak seorang penyanyi terkenal. Reez diarahkan pengarah syarikat supaya mencari penggantin­ya. Dalam perjalanan­nya, Reez berhadapan masalah apabila keretanya rosak di Kampung Peramah. Sepanjang di kampung itu, Reez sering melihat Onnie menyanyi sambil memetik gitar tanpa mengetahui suara itu sebenarnya milik Siti Saadiah. Apabila mengetahui Reez sedang mencari penyanyi baharu untuk diketengah­kan, masingmasi­ng cuba menunjukka­n bakat.

TV1, 10.30 malam

Pelakon: Zul Huzaimy Marzuki, Kazar, Ruzaidi Abd Rahman, Nazeera Sardi dan Najua P Ramlee

AZALEA → Samudera Rindu

Nadia baru melahirkan cahaya mata sulung selepas lebih lima tahun berkahwin, namun anaknya meninggal dunia. Nadia sering menyalahka­n dirinya sebagai penyebab kematian bayinya itu. Keadaan itu menyebabka­n Nadia kemurungan. TV9, 8.30 malam

Pelakon: Eyra Hazali, Dynas Mokhtar, Iedil Putra dan Hafeez Mikhail

→ Menantuku Rock

Ibu Salina ingin melihat anaknya itu berkahwin. Dengan bantuan Pak Mujid, mereka mula menyenarai­kan barisan calon suami yang bersesuaia­n.

Pelbagai insiden lucu berlaku, malah rahsia yang lama cuba disembunyi­kan akhirnya terbongkar.

Astro Ria, 10 pagi Pelakon: Elfira Loy, Kazar, Liza Abdullah, Niezam Zaidi dan Ungku Hariz

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia