Berita Harian

Mencari ketenangan ketika percutian dalam hutan di Taman Negara

Resort istimewa untuk pengembara, pencinta alam

- Oleh Zubir Mohd Yunus zubir_yunus@bh.com.my

Sebut Mutiara Taman Negara Resort (MTN), pasti sinonim sebagai pusat penginapan popular dalam kalangan pelancong mat salih.

Semuanya gara-gara kebanjiran pelancong asing terutama dari Barat yang gemar menikmati pengalaman berada di hutan hujan tropika apabila MTN satu-satunya resort terletak di kawasan Taman Negara Kuala Tahan, Pahang yang dikategori­kan antara hutan simpan paling tua di dunia, sekali gus membuatkan mereka sangat teruja.

Kebiasaann­ya ketika musim panas di Eropah iaitu setiap Julai hingga Ogos, MTN menjadi destinasi pilihan pelancong dari Belanda, Jerman, Perancis dan Itali.

Mereka mengisi percutian musim panas dengan menerokai keindahan flora serta fauna yang terdapat di Taman Negara.

Selain itu, mereka gemar menyusuri Sungai Tembeling dan Sungai Tahan yang terletak bersebelah­an resort kerana menampilka­n pengalaman serta pemandanga­n menakjubka­n!

Lokasi strategik

Pengurus Besar MTN, Nurul Nuzairi Mohd Azahari menjelaska­n, resort yang mempunyai 87 bilik terdiri daripada kategori chalet, chalet keluarga, suite dan banglo kerap menjadi pilihan pelancong Barat kerana mereka sangat menghargai alam semula jadi di negara kita.

“Apabila meneroka hutan di sini, mereka pasti melalui MTN yang terletak di tebing Sungai Tembeling dan Sungai Tahan, kawasan Taman Negara, sekali gus menjadi akses paling mudah menjelajah­inya pada bila-bila masa kerana kedudukann­ya sebagai pusat sehenti sangat menjimatka­n masa kerana semua aktiviti hutan dan sungai berada depan mata.

“Bagi saya, sebenarnya nilai tambah MTN kerana kedudukann­ya terletak di

Kuala Tahan yang menjadi destinasi pelanconga­n popular.

“Satu dunia ingin tahu di mana Taman Negara

Kuala Tahan,” katanya.

Pilihan utama pelancong Eropah

Nurul Nuraziri berkata, MTN juga menjanjika­n pengalaman unik sehingga membawa kepada kunjungan berterusan saban tahun daripada pelancong sama, khususnya dari Eropah yang membawa lebih ramai rakan senegara bersama mereka.

“Ini yang kita mahu, dunia mengenali Malaysia menerusi alam semula jadi, manakala MTN menyediaka­n pelbagai kemudahan dan menjanjika­n keseronoka­n. Lazimnya pelancong Eropah sanggup berbelanja besar semata-mata ingin menerokai hutan kita,” katanya.

Layari laman sesawang: www.mutiaratam­annegara. com untuk maklumat lanjut.

Bagi pasangan suami isteri dari Belanda, Koen Gerrits dan Linda Dominguez, mereka mengakui sangat menggemari masakan Melayu seperti patin tempoyak dan patin gulai asam rom, selain ulam-ulaman bersama sambal hitam Pahang yang disediakan daripada menu Restoran Seri Mutiara.

Ini yang kita mahu, dunia mengenali Malaysia menerusi alam semula jadi, manakala MTN menyediaka­n pelbagai kemudahan dan menjanjika­n keseronoka­n Nuzairi Mohd Azahari, Pengurus Besar MTN

 ??  ?? Pelancong dari Belanda Koen Gerrits dan Linda Dominguez tertarik dengan masakan warisan Melayu, patin tempoyak dan patin gulai asam rom. Foto Saddam Yusoff
Pelancong dari Belanda Koen Gerrits dan Linda Dominguez tertarik dengan masakan warisan Melayu, patin tempoyak dan patin gulai asam rom. Foto Saddam Yusoff
 ??  ??
 ??  ?? Aktiviti merentas jeram di Sungai Tembeling jadi pilihan pelancong asing.
Aktiviti merentas jeram di Sungai Tembeling jadi pilihan pelancong asing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia