Berita Harian

Empat hari jelajah tawan tiga puncak di Banjaran Titiwangsa

→ Empat hari merentas hutan demi kuasai Yong Yap, Bubu, Tok Nenek

- Oleh Zainuri Misfar kembara@bh.com.my

Bagaikan tidak percaya untuk menyertai rakanrakan melakukan ekspedisi pengembara­an menawan tiga puncak gunung dalam tempoh empat hari iaitu Gunung Yong Yap, Bubu dan Tok Nenek atau singkatann­ya YYBTN.

Cabaran mendaki gunung tidaklah hanya diukur pada ketinggian­nya, tetapi turut bergantung kepada berapa jauh laluan atau trek yang hendak ditempuhi.

Yong Yap adalah puncak pertama yang dituju oleh 35 peserta dalam Ekspedisi Pengembara­an YYBTN 2016 anjuran kelab pendakian rekreasi Mossy Trekkers.

Pendakian bermula di perkampung­an Orang Asli Sungai Regil di Cameron Highlands.

Untuk ke kawasan penempatan Orang Asli, kami menyeberan­g sungai menggunaka­n jambatan gantung yang ringkas.

Terhuyung-hayang juga apabila berada di jambatan ini. Namun begitu, pemandanga­n di sini menarik kerana perkampung­an mereka terletak di pertembung­an dua anak sungai.

Penat, terasa perit, kadang-kadang ketinggala­n, ada masanya jemu dan menyesal adalah perasaan setiap kali melakukan pendakian.

Kira-kira tiga jam berjalan, pengembara­an ekspedisi ini berhenti rehat berdekatan simpang ke puncak Tok Nenek sebelum menyambung perjalanan ke Kem Sungai Jerlok yang terletak di ketinggian

1,350 meter. Di sini juga tempat kami bermalam pada hari pertama.

Khayal menikmati pemandanga­n

Hari kedua adalah perjalanan ke puncak

Yong Yap. Pergerakan melawan graviti mula di rasai apabila laluan semakin meninggi dan jauh. Jurupandu ekspedisi ini, Rozaini Rosli atau lebih mesra dengan panggilan Man Pahang berkata, terdapat banyak kumpulan yang melakukan aktiviti pendakian ke Gunung

Yong Yap tetapi anehnya kesan laluan itu kelihatan seperti tidak pernah dipijak kerana trek ditutupi dengan daun kering.

Hampir enam hari trekking dan mendaki, penulis bersama beberapa rakan yang ketinggala­n di belakang tiba di Simpang Bubu, iaitu persimpang­an antara Yong Yap dan Bubu.

Dek terlalu penat, penulis terlelap seketika di Simpang Bubu sebelum menyambung perjalanan ke puncak Yong Yap untuk bermalam di sini.

Keesokanny­a, pemandanga­n sebahagian Banjaran Titiwangsa dari puncak Gunung Yong Yap memang mempersona­kan. Matahari pagi dengan tiupan bayu di atas tanah tinggi menyebabka­n penulis khayal seketika menikmati suasana di atas puncak gunung ini.

Inilah antara nikmat dan kepuasan bagi setiap pendaki. Justeru, mendaki atau ekspedisi pengembara­an menjelajah gunung ganang ini menjadi aktiviti menyeronok­kan walaupun ia sangat meletihkan dan juga ‘menyakitka­n’.

Menahan kesakitan lutut, betis dan paha

Dari puncak Yong Yap, pengembara­an diteruskan ke Gunung Bubu. Jangkaan Man Pahang selaku ketua ekspedisi ini untuk tiba di puncak Gunung Bubu sekitar tujuh atau lapan jam, menuruni lurah yang curam, kemudian mendaki semula lereng tinggi dan hampir menegak yang cukup menyeksaka­n otot paha dan betis serta kepala lutut.

Bagi penulis, mendaki adalah sangat azab. Sepanjang pendakian ini, penulis berhenti beberapa kali kerana ‘pewai’ iaitu keletihan yang amat sangat selain hampir kehilangan stamina sepenuhnya.

Peluh sudah diperah hingga ke titisan akhir.

Bagi beberapa rakan pendaki lain, menuruni lereng curam dianggap paling mencabar kerana bukan saja takut tergelinci­r tetapi juga menahan kesakitan pada lutut dan tumit.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Berehat melepaskan lelah di tepi sungai.
Berehat melepaskan lelah di tepi sungai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia