Berita Harian

BERTUNGKU, BERTANGAS

Sesuai untuk semua wanita demi kecantikan dalaman, luaran

-

Suatu ketika dulu, amalan bertungku dan bertangas menjadi rutin bagi wanita, tidak kira bujang atau sudah berkahwin. Tujuannya, demi menjaga kesihatan dalaman, sekali gus memancarka­n kecantikan luaran.

Kedua-dua amalan ini diakui memberi kesan mujarab kepada kesihatan wanita, lebih-lebih lagi jika mereka berdepan dengan masalah seperti keputihan, angin, rahim longgar dan kegemukan.

Apabila melakukan rawatan berkenaan, ia membantu meringanka­n badan, memulihkan perjalanan darah, membantu melancarka­n haid dan pelbagai lagi yang saling berkaitan.

Kini, amalan tradisiona­l ini kembali digemari tetapi ia perlu dilakukan dengan cara yang betul supaya kesannya lebih ketara.

Meresap ke tubuh

Pemilik Spa Mawar Putih, Ruzita Jamaluddin, berkata seeloknya bertungku menggunaka­n batu sungai berbanding peralatan moden zaman sekarang yang banyak dijual di pasaran.

Katanya, batu sungai mempunyai banyak kelebihan kerana ia dapat memberi kehangatan berpanjang­an apabila dituam pada badan dan panas berkenaan meresap hingga ke dalam tubuh seseorang.

“Ditambah pula dengan daun herba yang dibalut bersama batu sungai itu, secara tidak langsung kebaikan daun berkenaan meresap ke dalam tubuh.

“Antara daun digunakan untuk bertungku adalah daun mengkudu, sirih atau kaduk, lemuni dan pandan. Semua daun ini, agen pemecah angin dan lemak,” katanya ketika ditemui di spanya di Puchong, baru-baru ini.

Ruzita berkata, demi memastikan kehangatan batu sungai itu berpanjang­an, seeloknya ia dipanaskan di atas api kecil selama sejam. Jika dipanaskan dengan api yang besar, kehangatan­nya tidak bertahan lama dan boleh menjadikan batu itu cepat pecah.

“Ramai juga beranggapa­n wanita yang dibedah kerana bersalin tidak sesuai melakukan amalan bertungku, tetapi sebenarnya ia dapat menghapusk­an bisa badan dan memecahkan angin dengan melakukan teknik yang betul.

“Selain itu, ia dapat mengeluark­an saki-baki darah kotor, mengecutka­n dan memulihkan rahim serta urat saraf di sekeliling peranakan dan memulihkan tenaga,” katanya.

Waktu bertungku berbeza bagi wanita bujang dan selepas bersalin kerana keadaan fizikal wanita itu berbeza ketika itu. Wanita bersalin seeloknya bertungku dua kali sehari ketika waktu pagi dan petang. Ia juga dikatakan dapat mengelakka­n tubuh wanita daripada menggelebe­r.

Biarpun banyak peralatan bertungku yang mudah diperoleh di pasaran, sebenarnya ia tidak begitu membantu terutama kepada wanita selepas bersalin untuk menaikkan kembali peranakan yang jatuh.

Kesannya perut akan menggelebe­r dan tidak ramping.

 ?? [ FOTO ROHANIS ABDUL SHUKRI /BH ] ??
[ FOTO ROHANIS ABDUL SHUKRI /BH ]
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia