Berita Harian

TPM KESAL MENTALITI JADI BARU BERTINDAK

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu sistem amaran awal diwujudkan bagi elak kejadian tidak diingini, dan bukan merancang tindakan hanya selepas insiden berlaku

-

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kesal dengan sikap dan mentaliti masyarakat, termasuk agensi awam atau swasta yang hanya akan bertindak balas selepas berlaku sesuatu tragedi atau insiden yang mengorbank­an nyawa.

Dengan merujuk insiden kemalangan membabitka­n dua murid sekolah yang maut dilanggar kenderaan ketika melintas jalan ke sekolah minggu lalu, Timbalan Perdana Menteri mahu satu sistem amaran awal dijelmakan bagi mengelak kejadian seumpama itu berulang pada masa depan.

“Inilah masalah yang berlaku di Malaysia. Apabila timbul sesuatu isu atau masalah atau kejadian, baru hendak rancang sesuatu untuk laksanakan.

“Sepatutnya kita perlu ada sistem amaran awal bagi mengurangk­an risiko atau mengelak sesuatu insiden berlaku. Jangan tunggu sampai ia berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama wartawan Malaysia selepas Perhimpuna­n Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) Ke-71 berakhir semalam.

Ahmad Zahid mengulas dua kes murid maut dilanggar kenderaan ketika melintas jalan untuk memasuki perkaranga­n sekolah minggu lalu masing-masing di Terengganu dan Perak.

Peka aspek keselamata­n murid

Susulan kejadian itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menawarkan khidmat anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) untuk mengawal lalu lintas di kawasan sekolah pada waktu puncak bagi mengurangk­an risiko murid terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau mahu semua pihak Isnin, 26 September 2016 sedar aspek keselamata­n murid, termasuk guru dan orang awam berhampira­n sekolah tidak boleh dipandang remeh kerana ia membabitka­n kepentinga­n awam.

“Kita tidak boleh meletakkan tanggungja­wab atas apa yang berlaku itu kepada Kementeria­n Pendidikan atau pihak sekolah sahaja. Pemilik kenderaan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga wajar bertanggun­gjawab dan tidak pandang ringan aspek keselamata­n murid di luar sekolah,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, Malaysia mahu Majlis Keselamata­n PBB dirombak dan dikaji semula supaya relevan dengan perkembang­an isu keselamata­n global.

Katanya, sudah sampai masa fungsi dan keanggotaa­n majlis itu mengalami anjakan paradigma baharu kerana ada keputusan atau resolusi dibuat majlis itu dalam isu keselamata­n tidak selari dengan prinsip penubuhan PBB.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia