Berita Harian

MAUT KERANA KUCING

Wanita dirempuh pacuan 4 roda ketika cuba selamatkan haiwan peliharaan

- Oleh Nor Amalina Alias bhkb@bh.com.my

Seorang wanita yang menyelamat­kan kucingnya, maut dirempuh sebuah kenderaan di Kampung Telok, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 malam itu, Nik Yam Nik Lah, 53, mengambil seekor anak kucing peliharaan­nya yang berada di tengah jalan raya.

Lebih tragis, kemalangan ngeri itu turut disaksikan dua anak lelakinya yang berusia tujuh dan 12 tahun.

Mangsa yang mempunyai 10 anak tercampak beberapa meter selepas dirempuh kenderaan pacuan empat roda itu.

Anak mangsa, Mohammad Danial Hakimi Abdullah, berkata sebelum kejadian, dia dan adiknya Rosmira melihat seekor daripada tiga anak kucing milik mereka berada di tengah jalan.

Dihalang penunggang motosikal

Katanya, dia mahu mengambil anak kucing itu namun dihalang seorang penunggang motosikal dan berikutan itu dia meminta ibunya yang baharu selesai memasak untuk mengambil anak kucing itu.

“Ketika nak ambil anak kucing, sebuah kereta cuba memotong kenderaan di hadapan dan melanggar Umi (Che Yam) yang sedang pegang anak kucing itu. Umi kemudian melambung dan jatuh atas jalan. Anak kucing yang dipegang Umi juga turut mati dilanggar kereta itu,” katanya ketika ditemui di rumah keluarga mangsa di Kampung Sungai Gali, Kandis di sini, semalam.

Difahamkan, mereka bertiga tinggal di situ sejak dua bulan lalu dan menjalanka­n perniagaan kedai makan selepas Nik Yam berpisah dengan suaminya.

“Biasanya jam 10 malam baru Umi memasak, tapi semalam (kelmarin) dia dah memasak gulai ayam awal jam 8 malam selain sempat beritahu dia penat dan nak berehat,” katanya.

Jiran arwah, Mek Hassan, 70, berkata arwah dan anak-anak memang gemarkan kucing dan baru saja memelihara tiga kucing yang diambil di Kedai Beris Kubur Besar dan dijaga dengan baik sejak mereka berpindah di rumah kedai di Kampung Telok itu.

Katanya, ketika kejadian dia dan suami, Muhammad Awang Mat, 75, terdengar dentuman kuat sebelum anak mangsa memanggil mereka dan memberitah­u ibu mereka dilanggar kereta.

 ??  ?? Nik Yam Nik Lah
Nik Yam Nik Lah
 ??  ?? Mayat Nik Yam selepas dilanggar ketika cuba menyelamat­kan kucingnya yang berada di atas jalan di Kampung Sungai, Bachok.
Mayat Nik Yam selepas dilanggar ketika cuba menyelamat­kan kucingnya yang berada di atas jalan di Kampung Sungai, Bachok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia