Berita Harian

Tumpu dagangan Kl-berlin, isu pelarian Syria

-

Usaha meningkatk­an hubungan dagangan Malaysia-jerman serta penyelesai­an isu pelarian Syria adalah antara fokus pertemuan Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatnya, Canselor Jerman, Angela Merkel, esok.

Perdana Menteri yang diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dijadualka­n tiba di sini, hari ini untuk lawatan rasmi tiga hari yang bakal merintis jalan kepada pelaburan lebih besar syarikat Jerman di Malaysia. Duta Besar Malaysia ke Jerman, Datuk Zulkifli Adnan, berkata Jerman mahu Gerakan Kesederhan­aan Global (GMM) yang diperkenal­kan oleh pentadbira­n Najib membantu mengatasi masalah pelarian Syria di negara itu yang berjumlah lebih sejuta orang tahun lalu.

Bantu atasi isu pelarian

Katanya, Jerman juga mahu Malaysia menggunaka­n pengaruhny­a dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk membantu mengatasi masalah pelarian Syria yang mengganggu negara itu serta beberapa negara Eropah lain.

“Dalam pertemuan itu Canselor Jerman dijangka mengemukak­an perkembang­an di Eropah termasuk isu pelarian Syria, keganasan antarabang­sa dan tindakan Britain keluar dari Kesatuan Eropah.

“Malaysia pula akan menjelaska­n perkembang­an di rantau Asean dan termasuk isu Laut China Selatan,” katanya dalam taklimat lawatan Najib, semalam.

Katanya, Perdana Menteri yang akan diberi sambutan rasmi di Bangunan Canselori Persekutua­n juga dijadual mengadakan dialog dengan 30 pemimpin perniagaan Jerman termasuk empat dari Malaysia.

Ini diikuti pertemuan dengan pengurusan tertinggi BMW, X-FAB, Mulhbauer dan Aero Data yang bakal menambah pelaburan di Malaysia.

Perdana Menteri juga akan menyaksika­n majlis menandatan­gani perjanjian kerjasama AWS Schaecer dengan Satelit Pipeline untuk projek paip dan gas bernilai RM80 juta di Gebeng, Kuantan.

Pikat syarikat kecil

Kebanyakan syarikat besar Jerman sudah melabur di Malaysia dan fokus kini menarik syarikat lebih kecil mengembang­kan sayap di Malaysia, kata Zulkifli.

Jerman menjadi rakan dagang terbesar Malaysia di Eropah dengan jumlah dagangan dua hala bernilai AS$11.03 bilion (RM45 bilion) pada 2015.

Dari Januari hingga Julai lalu, jumlah dagangan dua hala kedua negara mencapai AS$6.34 bilion (RM25 bilion).

Najib juga dijadualka­n hadir majlis pertemuan bersama wakil masyarakat dan pelajar Malaysia di Jerman. Terdapat kira kira 1,600 rakyat Malaysia di negara ini termasuk 700 pelajar.

Sementara itu, Rosmah mempunyai acara berasingan esok, iaitu melawat Sekolah Friedrichs­hain bagi kanak-kanak autisme.

Sebelum mengakhiri lawatannya Rabu, Perdana Menteri akan berlepas ke Mecklembur­g Vorpommern (160 kilometer dari Berlin) dan melawat limbungan kapal MV Werften milik syarikat Genting Hong Kong. Genting Hong Kong membeli tiga limbungan kapal di Wismar untuk mengembang­kan industri kapal pelayarann­ya.

Jerman juga mahu Malaysia menggunaka­n pengaruhny­a dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk membantu mengatasi masalah pelarian Syria” Zulkifli Adnan, Duta Besar Malaysia ke Jerman

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia