Berita Harian

Peruntuk bajet khas tingkat keselamata­n pelajar

-

Bajet 2017 yang bakal dibentangk­an Perdana Menteri pada 21 Oktober ini boleh meliputi peruntukan bagi meningkatk­an tahap keselamata­n pelajar sekolah.

Kemalangan membabitka­n pelajar sekolah perlu dipandang serius oleh semua pihak dan wajar disusuli dengan tindakan lebih proaktif segera bagi memastikan aspek keselamata­n pelajar sentiasa terjamin dan terpelihar­a pada setiap masa.

Sejak beberapa hari lalu, kita didedahkan dengan beberapa insiden kemalangan membabitka­n pelajar sekolah ketika melintas jalan yang berada berhampira­n dengan kawasan sekolah.

Pelbagai cadangan dikemukaka­n bagi mencari jalan untuk mencegah insiden terbabit daripada terus berulang seperti tindakan tegas penguatkua­saan undang-undang terhadap pemandu yang didapati cuai serta melanggar peraturan lalu lintas.

Ada juga cadangan untuk mewajibkan setiap sekolah meletakkan seorang penjaga trafik atau pengawal lalu lintas sekolah bagi memberi bantuan terhadap pelajar yang ingin melintas jalan.

Semua cadangan diberikan adalah baik dan perlu mendapat pertimbang­an serius daripada pihak berkaitan khususnya Kementeria­n Pendidikan. Namun, kita juga harus memahami masalah kekangan kewangan yang mungkin dan bakal dihadapi oleh sekolah sekiranya cadangan ini dilaksanak­an.

Oleh itu, adalah menjadi harapan semua pihak supaya pihak kerajaan dapat mempertimb­angkan supaya dapat mewujudkan peruntukka­n khas melalui proses pembentang­an Bajet 2017 bagi membantu pihak sekolah menjayakan cadangan yang diberikan bagi menjamin keselamata­n pelajar khususnya murid sekolah rendah.

Perlu dibantu lintas jalan

Mereka memerlukan bimbingan dan sokongan daripada orang dewasa bagi membantu melintas jalan.

Peruntukan bajet juga boleh meliputi penganjura­n segala bentuk program serta aktiviti di sekolah bagi melahirkan kesedaran aspek keselamata­n di kalangan pelajar.

Ini termasuk dalam soal kesedaran ketika berada di jalan raya, mengganti lampu lalu lintas yang lebih canggih serta bercirikan tahap keselamata­n tinggi untuk setiap jalan berhampira­n dengan kawasan sekolah, penambahan papan peringatan lebih besar serta jelas mengenai tahap pemanduan selamat di kawasan dekat sekolah serta penambahan aspek keselamata­n jalan.

Apa-apa langkah pun yang ingin diambil, isu keselamata­n pelajar tidak boleh dikompromi oleh mana-mana pihak. Semua pihak harus beri kerjasama serta memandang serius isu ini bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku terhadap pelajar.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia