Berita Harian

Pasang CCTV langkah jangka panjang

Rakaman boleh jadi bahan bukti saman pemandu tak berhemah

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad

Pemasangan sistem kamera litar tertutup (CCTV) di depan sekolah berisiko tinggi berlaku kemalangan membabitka­n pelajar adalah antara langkah penyelesai­an jangka panjang mengatasi masalah terbabit.

Presiden Kesatuan Pegawai Pengangkut­an Jalan Semenanjun­g Malaysia, Hamzah Masri percaya pemasangan CCTV di depan sekolah mampu mendidik pemandu supaya lebih berhemah ketika melalui kawasan berkenaan.

Katanya, selain daripada merakam kejadian selepas berlaku kemalangan, CCTV juga boleh dijadikan sebagai bukti untuk menyaman pemandu yang melanggar peraturan di depan sekolah seperti tidak berhenti ketika lampu merah.

Hantar seminggu sekali ke JPJ

“Rakaman daripada CCTV itu mungkin boleh dihantar seminggu sekali ke Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) untuk diteliti dan kemudian mengenakan tindakan kepada pesalah jalan raya.

“Saya percaya selepas ini, pemandu akan lebih berwaspada di depan sekolah kerana tahu ada CCTV yang akan merakam kesalahan pemandu dan boleh menyebabka­n mereka disaman jika melanggar undang-undang jalan raya” katanya kepada BH, di sini, semalam.

Beliau mengulas kejadian pelajar dilanggar kenderaan berat di depan sekolah baru-baru ini sehingga mendapat perhatian ramai termasuk Kementeria­n Pengangkut­an kelmarin yang akan mewartakan peraturan melarang kenderaan berat melalui kawasan sekolah pada waktu puncak sebelum akhir tahun ini.

Selesai sebelum melarat

Timbalan Menteri Pengangkut­an, Datuk Ab Aziz Kaprawi, berkata cadangan itu perlu dilaksanak­an segera bagi memastikan isu perangkap maut depan sekolah diselesaik­an sebelum ia melarat.

Sementara itu, Presiden Majlis Permuafaka­tan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan menggesa dibina segera jejantas di sekolah terletak di depan jalan raya serta sibuk dengan laluan kenderaan.

“Selain itu, pengambila­n pengawal keselamata­n di sekolah juga perlu terdiri daripada mereka yang profesiona­l, diberi latihan secukupnya dan diberi gaji berpatutan.

“Saya percaya kebanyakan pengawal keselamata­n di sekolah diambil bekerja secara ‘tangkap muat’, selain tidak menerima latihan secukupnya,” katanya.

Selain itu, pengambila­n pengawal keselamata­n di sekolah juga perlu terdiri daripada mereka yang profesiona­l, diberi latihan secukupnya dan diberi gaji berpatutan” Dr Mohamad Ali Hassan, Presiden Majlis Permuafaka­tan PIBGN

 ??  ?? Keratan akhbar BH pada 23 September lalu.
Keratan akhbar BH pada 23 September lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia