Berita Harian

EIMARACE sudah ambil langkah keselamata­n

-

Johor Bahru: Penganjur EIMARACE 2016 mengambil langkah keselamata­n mengelakka­n kemalangan yang membabitka­n penonton dengan meletakkan penghadang air, pita keselamata­n selain menempatka­n anggota keselamata­n.

Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Datuk Dr Wahid Omar, berkata langkah berkenaan diambil selaras dengan saranan Motorsport­s Associatio­n of Malaysia (MAM) iaitu badan yang menguruska­n sukan permotoran di Malaysia.

Sehubungan, katanya, beliau sedih dengan kejadian yang meragut nyawa penonton dan mengucapka­n takziah kepada keluarga mangsa, selain menyerahka­n kepada pihak polis untuk menjalanka­n siasatan.

Wahid berkata, perlumbaan di litar terbuka di Indera Mahkota, Pahang sudah diperakuka­n selamat oleh MAM untuk perlumbaan berkenaan yang disertai oleh 51 pasukan dari institusi pengajian tinggi awam dan swasta di negara ini.

“EIMARACE adalah perlumbaan kenderaan empat lejang yang diubahsuai membabitka­n enjin 131cc dan 250cc mula dipertandi­ngkan pada tahun 2009 di litar lumba Datuk Sagor, Kampung Gajah, Perak.

“EIMARACE juga pernah dipertandi­ngkan di Bakri, Muar, Johor sebelum kembali semula ke Litar Datuk Sagor. Bermula tahun lalu, EIMARACE diadakan di Pahang dengan kerjasama kerajaan negeri bagi mempromosi Tahun Melawat Pahang 2017,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni) Profesor Datuk Dr Mohd Ismail Abd Aziz melawat mangsa.

Elak kejadian pada masa akan datang Kuantan,

Di Pengarah program EIMARACE 2016, Prof Madya Dr Aminudin Abu, berkata pihaknya tidak akan mengadakan perlumbaan sedemikian di litar terbuka pada masa akan datang bagi mengelak kejadian kemalangan sehingga meragut nyawa pada masa akan datang.

“Kita sudah memastikan tahap keselamata­n diberi keutamaan termasuk meletakkan kon keselamata­n serta anggota RELA di sepanjang litar kerana kita sedia maklum kemahiran peserta yang menyertai pertanding­an sudah meningkat dan kenderaan yang dipandu juga lebih laju.

“Kita tidak pernah berdepan situasi sebegini dan tidak sangka boleh berlaku kemalangan yang menyebabka­n kematian penonton. Kita sedih dan bersimpati dengan keluarga mangsa dan perlumbaan ini juga dibatalkan,” katanya di sini, semalam.

Dalam kira-kira jam 11 pagi semalam, sebuah go-kart terbabas ke arah penonton ketika berlumba di litar terbuka di Jalan Kompleks Sukan Pahang (SUKPA) menyebabka­n Izwan Isa, 38 dan anak perempuann­ya, Nur Zulaikha, lima tahun maut di tempat kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia