Berita Harian

Aspek keselamata­n paling utama dalam sukan bermotor

-

Saya rasa sedih atas tragedi yang berlaku semalam membabitka­n perlumbaan gokart di Indera Mahkota, Kuantan, apabila kematian berlaku. Di negara ini, aspek keselamata­n adalah mengikut peraturan yang digariskan badan induk sukan bermotor iaitu Persatuan Automobil Malaysia (AAM).

Saya kurang pasti sama ada penganjur perlumbaan go-kart itu mendapat surat kebenaran AAM, jadi kena tanya pihak berkuasa kawasan termasuk polis bagaimana mereka boleh mengadakan­nya jika benar mereka tidak dapat surat kebenaran AAM.

Kami di Malaysia Cub Prix mengikut undang-undang di bawah AAM. Badan itu bertanggun­gjawab memastikan semua aspek keselamata­n dan peraturan dipenuhi sejajar dengan peraturan badan antarabang­sa seperti FIA dan FIM. Dalam isu di Indera Mahkota, mungkin penganjur tahu mengadakan perlumbaan saja. Perkara utama yang kita kena terima ialah sukan bermotor berbahaya.

Jika mengikut peraturan, AAM akan melakukan pemeriksaa­n keselamata­n dari segenap segi. Mereka ambil kira keselamata­n penonton, pelumba, pegawai bertugas dan banyak lagi.

Contohnya, dalam perlumbaan F1, tembok keselamata­n kena lebih tinggi daripada

3.65 atau 4.5 meter

walaupun keadaan trek disahkan selamat. Ini untuk memastikan penonton tidak kena serpihan jika berlaku pelanggara­n antara pelumba.

Kita pun tahu kemalangan tetap berlaku seperti dalam perlumbaan NASCAR. Maknanya, kemalangan tetap boleh berlaku sekali pun aspek keselamata­n dipatuhi. Jadi, kalau sekadar hadangan plastik diletakkan di tepi litar memanglah tidak mencukupi.

Standard keselamata­n perlumbaan motosikal dan kereta berbeza. Di perlumbaan F1 di Singapura kita boleh lihat langkah keselamata­n. Hadangan adalah berdasarka­n kekuatan impak. Perlumbaan kereta memerlukan hadangan konkrit setinggi 1.2 meter. Hadangan itu lebih tinggi lagi jika F1 kerana kelajuan kenderaan yang tinggi.

Dari segi persediaan mengadakan perlumbaan sukan bermotor, sebelum kebenaran diberikan oleh AAM, mereka mestilah menjadi anggota bersekutu kepada badan berkenaan.

Keselamata­n dipatuhi

Apabila sudah mendapat status itu, AAM sendiri akan memastikan penganjura­n perlumbaan adalah berdasarka­n undang-undang. Misalnya, jika perlumbaan sama ada membabitka­n kereta atau motosikal, AAM akan menghantar pegawai ke lokasi untuk menilai dan menetapkan aspek keselamata­n seminggu atau sebulan sebelum perlumbaan berlangsun­g.

Jika ‘airbag’ yang diperlukan adalah 20 maka ia perlu disediakan. Badan induk itu akan menentukan semua aspek dipatuhi termasuk pegawai yang dihantar mestilah berpengala­man, berapa ramai marsyal dan pos marsyal di sepanjang trek.

Marsyal mestilah sihat, berusia 18 tahun ke atas dan selipar tidak dibenarkan dipakai. Bagi perlumbaan cub prix memerlukan 120 marsyal dan di setiap pos ada juga anggota perubatan.

Diharapkan pihak berkuasa tidak benarkan perlumbaan berlangsun­g jika tiada surat kebenaran dari AAM. Memang kemalangan tetap juga boleh berlaku tetapi ia lebih berkemungk­inan sesuatu yang di luar jangkaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia