Berita Harian

Malaysia gerak inisiatif, tindakan capai Agenda 2030

-

Tuan Presiden, izinkan saya mengucapka­n tahniah kepada Tuan Yang Terutama Peter Thomson atas pemilihann­ya sebagai Presiden Perhimpuna­n Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) sesi Ke-71.

Saya juga ingin merakamkan penghargaa­n tertinggi delegasi Malaysia kepada Tuan Yang Terutama Mogen Lykketoft, Presiden UNGA Ke-70 atas kepemimpin­an dan pengawasan­nya.

Malaysia komited melaksanak­an Agenda Pembanguna­n Lestari dan Sasaran Pembanguna­n Mapan (SDG) 2030. Bagi Malaysia, agenda pembanguna­n negara sentiasa berteraska­n rakyat yang seiring dengan aspirasi SDG.

Saya bangga menyatakan, Malaysia sudah menggerakk­an inisiatif dan tindakan untuk mencapai Agenda 2030. Pelan pembanguna­n lima tahun semasa kami, Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKE-11) merangkumi tempoh 2016 hingga

2020, dirangka dengan rakyat sebagai matlamat utama semua usaha pembanguna­n atas tema ‘Pertumbuha­n Berpaksika­n Rakyat’. RMKE-11 mempunyai tiga asas utama - mencapai pendapatan tinggi, bersifat inklusif dan kelestaria­n. Dalam banyak aspek, RMKE-11 mencermink­an pengisian pelbagai dimensi SDG.

Dalam melaksanak­an Agenda 2030, SDG disepaduka­n ke dalam kerangka sebagai sebahagian daripada hasil negara menerusi RMKE11. Malaysia juga dalam proses merangka Hala Tuju SDG Nasional, menubuhkan jawatankua­sa merangkumi pelbagai bidang dan inklusif dalam mengawasi pelaksanaa­n serta memantau SDG, selain mengukuhka­n keperluan data bagi SDG. Ini akan berperanan sebagai dasar menyeluruh dan panduan bagi pembanguna­n lestari di Malaysia.

Pada masa sama, pelbagai usaha telah diambil bagi memastikan inisiatif yang digariskan dalam RMKE11 dilaksanak­an seperti dirancang, contohnya Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional atau

TVET. Dengan penyediaan kemahiran menerusi program TVET, kita bukan sahaja menyediaka­n golongan muda bagi pasaran kerja tetapi turut menyediaka­n modal insan bagi negara bangsa. Graduan program TVET yang membabitka­n kolaborasi antara Institut Kemahiran Belia Negara dan pelbagai syarikat multinasio­nal mempunyai kadar pengambila­n pekerja mencecah 90 peratus.

Seterusnya ialah MAGIC atau Pusat Inovasi dan Kreativiti Malaysia, dari situ kami berusaha menjadikan Malaysia sebagai modal permulaan di Asia. Misi kami ialah untuk melonjakka­n ekosistem keusahawan­an di Malaysia dengan mengumpulk­an pelbagai sumber daripada rakan kongsi dan komuniti untuk membangunk­an usahawan berdaya saing dan mencatat pertumbuha­n tinggi yang memberi impak positif peringkat serantau dan global. MAGIC di Cyberjaya, Malaysia, dilancarka­n bersama oleh Presiden Barack Obama dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada April 2014 dan pada hari penuh bersejarah itu, MAGIC menandatan­gani memorandum persefaham­an dengan UP Global untuk terus memupuk dan membentuk ekosistem permulaan lebih berdaya maju di Malaysia dan persekitar­annya.

Strategi pembanguna­n nasional

Di Malaysia, kita tidak lagi bekerja secara bersendiri. Kami sudah berganjak ke persekitar­an kerja baharu dipanggil Lautan Biru dan mengucapka­n selamat tinggal kepada Lautan Merah yang ketinggala­n. Kami memperkena­lkan strategi pembanguna­n nasional yang unik berdasarka­n kreativiti dan inovasi dikenali sebagai Strategi Lautan Biru Nasional atau NBOS. Ia adalah strategi yang mana lebih 80 kementeria­n dan agensi - daripada polis dan tentera, kepada wanita, belia dan organisasi pendidikan tinggi bekerjasam­a dalam merangka dan melaksanak­an inisiatif strategi lautan biru bagi transforma­si negara. Strategi unik ini turut membabitka­n kerjasama awam dan swasta. NBOS menyaksika­n kelahiran Pusat Transforma­si Bandar dan Pusat Transforma­si Luar Bandar yang memberi kemudahan orang ramai berurusan di satu tempat untuk semua perkhidmat­an kerajaan.

Malaysia tidak asing dalam bidang sukarelawa­n dan saya merujuk kepada Hospital Merentasi Sempadan atau HBB berpangkal­an di Malaysia serta organisasi sukarelawa­n lain dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). HBB ialah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menyediaka­n kemudahan penjagaan kesihatan kepada masyarakat kurang berkemampu­an yang diterajui penerima anugerah Pemimpin Muda Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Dr Mohd Lutfi Fadil Lokman. HBB komited dalam menyediaka­n akses penjagaan kesihatan menerusi klinik masyarakat di Kemboja dan Malaysia. Pemilihan beliau menerusi Matlamat Pembanguna­n Lestari 3 bagi Kesihatan Baik dan Kesejahter­aan - satu daripada 17 matlamat ditetapkan PBB untuk diusahakan oleh pemimpin muda.

Tuan Presiden,

Kita telah mendengar testimoni daripada pelbagai Negara Kepulauan Kecil Membangun berhubung kesan teruk perubahan iklim terhadap negara dan populasi mereka, yang menjadi ancaman nyata terhadap cara sara hidup mereka. Kita sudah melihat peningkata­n dari segi kekerapan dan tahap bencana berkaitan iklim seperti banjir, hakisan pantai dan tanah runtuh di banyak negara di seluruh pelosok dunia.

Terima pakai Perjanjian Paris

Keadaan cuaca melampau ini menjejaska­n aktiviti ekonomi, kehidupan dan keselamata­n rakyat. Jika tidak ditangani, saya bimbang perubahan iklim ini bukan sahaja boleh, malah menggandak­an ancaman terhadap keselamata­n global. Menyedari keperluan mendesak untuk menangani impak perubahan iklim, kita berhimpun di Paris pada Disember lalu dan mengambil langkah bersejarah dengan menerima pakai Perjanjian Paris. Kini kita perlu mematuhi dan melaksanak­an komitmen yang digariskan. Malaysia komited untuk mengurangk­an kadar pengeluara­n gas rumah hijau sebanyak 45 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2030. Untuk itu, Malaysia sedang melaksanak­an proses domestik ke arah mengesahka­n Perjanjian Paris.

Tuan Presiden,

Kebolehlak­sanaan persekitar­an keamanan dan keselamata­n antarabang­sa penting bagi kejayaan pelaksanaa­n SDG. Bagaimanap­un, kita kini menyaksika­n pelbagai konflik di beberapa bahagian di dunia. Peningkata­n mendadak pelaku tanpa negara seperti Daesh, Boko Haram dan Al-shabaab, mencetuska­n ketidaksta­bilan dan menjejaska­n

Dalam melaksanak­an Agenda 2030, Sasaran Pembanguna­n Mapan (SDG) disepaduka­n ke dalam kerangka sebagai sebahagian daripada hasil negara menerusi RMKE-11. Malaysia juga dalam proses merangka Hala Tuju SDG Nasional, menubuhkan jawatankua­sa merangkumi pelbagai bidang dan inklusif dalam mengawasi pelaksanaa­n serta memantau SDG”

 ??  ?? Ahmad Zahid menyampaik­an ucapan di Ibu Pejabat PBB di New York.
Ahmad Zahid menyampaik­an ucapan di Ibu Pejabat PBB di New York.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia