Berita Harian

Sukan mampu jana industri pelanconga­n

- Dr Shaharudin Idrus (Prof Madya/felo Kanan & Ketua Hal Ehwal Jaringan dan Industri (HEJIM), Institut Alam Sekitar dan Pembanguna­n (LESTARI), UKM

Sejak negara meraih empat pingat perak dan satu gangsa di pentas temasya terbesar Sukan Olimpik serta tiga emas dan satu gangsa pada temasya Paralimpik di Rio de Janeiro baru-baru ini, ada kewajaran dan tumpuan menjadikan sukan sebagai satu cabang pelaburan industri pelanconga­n baharu masa depan negara.

Industri pelanconga­n sukan ini jika diberi perhatian dan perancanga­n cukup rapi serta berhatihat­i, akan dapat membawa negara ke satu tahap baharu dalam sektor pelanconga­n secara keseluruha­nnya. Beberapa sukan utama negara yang berpotensi meraih pingat emas seperti badminton, terjun, lumba basikal, renang, bola sepak, menembak, olahraga diberi tumpuan penuh oleh Kerajaan dengan meletakkan sasaran tinggi pada temasya Olimpik dan Paralimpik 2020 di Tokyo nanti.

Industri pelanconga­n sukan negara ini boleh dilihat dalam tiga jaringan rantaian utama iaitu pembanguna­n sukan, kecemerlan­gan dan perniagaan. Pembanguna­n sukan berterusan dan sistematik yang disokong dana mencukupi, mampu melahirkan atlet dan jagoan pada pelbagai peringkat kebangsaan dan antarabang­sa. Usaha murni menggilap bakat atlet ini sudah, sedang dan akan terus diadakan di negara ini.

Kedua, menggapai kecemerlan­gan pada pelbagai peringkat negara, serantau dan antarabang­sa. Bagi sesetengah jenis sukan yang sudah mencapai kecemerlan­gan pada peringkat antarabang­sa misalnya badminton dan bola sepak, wajar meneruskan kecemerlan­gan itu.

Rantaian perniagaan

Kecemerlan­gan berterusan pada peringkat antarabang­sa akan mencetuska­n pula rantaian seterusnya iaitu peluang perniagaan yang cukup besar sama ada bagi ahli sukan itu sendiri melalui penghijrah­an pemain dari satu kelab ke kelab yang lebih baik mahupun industri sukan secara keseluruha­nnya disokong oleh sektor pelanconga­n negara.

Perniagaan dalam industri sukan ini dapat dilihat dalam pelbagai bentuk, gaya dan potensinya. Contohnya, melalui pengalaman saya ketika berada di Barcelona, Sepanyol baru-baru ini dengan lawatan ke Stadium Nou Camp yang dikenali di seluruh dunia, sudah mampu mempamer kehebatan kelab bola sepak itu secara menyeluruh.

Bermula dengan pembanguna­n sukan bola sepak sejak lebih 100 tahun dahulu, kejayaan melahirkan begitu ramai pemain terhebat pada peringkat dunia sehingga memenangi ratusan gelaran utama dunia secara konsisten.

Akhirnya dan yang lebih menarik lagi ialah pelbagai bentuk produk dan barangan terhasil daripada rantaian yang terbina itu dijadikan barangan perniagaan dan dijual ke seluruh dunia. Ketaksuban ditunjukka­n peminat terhadap pemain dan pasukan bola sepak Barcelona, dimanipula­si dengan sebaiknya oleh pihak pengurusan pasukan dengan mewujudkan galeri terhebat mereka dan menjadi tontonan terutama kepada peminat yang begitu setia dengan pasukan ini.

Peminat dan penyokong dari seluruh pelosok dunia tanpa mengira kos yang ditawarkan berbondong-bondong mengunjung­i stadium ini untuk melihat dari dekat keunggulan pasukan ini serta pelbagai barangan dan produk dipamerkan dalam stadium dan seterusnya membeli-belah segala barangan ditawarkan.

Dari segi pembanguna­n pasukan ini, sejarah dan bahan kegemilang­an pasukan dipamerkan dengan gaya dan susunan yang cukup menarik turut memberi ilham kepada pasukan lain untuk mencontohi kehebatan pasukan ini. Bahan kehebatan dan keagungan yang mereka peroleh juga dijadikan bahan tontonan peminat termasuk bola dan kasut emas dimenangi.

Galeri sukan

Galeri sukan ini juga mempamerka­n deretan piala dimenangi sejak dahulu antara tarikan utama peminat pasukan bola sepak berkenaan. Jersi digunakan pasukan ini sejak dari awal kewujudan sekali gus menunjukka­n evolusi jersi pasukan itu turut dipamerkan.

Segala gambar dan video kehebatan pasukan itu dipaparkan dalam pelbagai bentuk iaitu dari gambar biasa hingga ke gambar digital berdefinis­i tinggi berteknolo­gi canggih sehinggaka­n tidak disedari sudah lebih tiga jam masa dihabiskan di dalam stadium itu.

Pengunjung juga disajikan dengan pengalaman menjadi pengulas sukan dengan gaya tersendiri yang dipertonto­nkan menerusi rakaman video. Di samping itu juga bilik persalinan pemain dan bilik persidanga­n wartawan, pemain serta jurulatih memberikan ulasan selepas setiap kali permainan dilangsung­kan juga diberi peluang untuk pengunjung merasai suasana itu. Pendek kata, tiada ruang dalam stadium ini yang tidak dipertonto­nkan kepada pengunjung­nya.

Sokongan berterusan peminat di seluruh dunia memungkink­an pihak pengurusan pasukan Barcelona ini mengembang­kan perniagaan sukan mereka daripada sekecil-kecil barangan sehingga ke sebesar-besarnya dijual kepada peminat. Jersi, seluar, stoking, kasut dan barangan aksesori yang berkaitan sehinggaka­n rumput padang juga dijual kepada umum dan diperhatik­an ramai juga peminat membelinya sehingga menjadikan pasukan ini antara pasukan terkaya di dunia.

Ini juga menggambar­kan ketaksuban dan sokongan berterusan peminat terhadap pasukan kesayangan mereka membolehka­n pasukan ini terus bertahan dan mampu menjuarai kejohanan besar pada peringkat dunia.

Justeru, berdasarka­n kepada kebangkita­n atlet negara pada kejohanan Olimpik dan Paralimpik baru-baru ini, negara perlu mengorak langkah ke arah pembanguna­n sukan dan menjadikan­nya sebagai satu industri pelanconga­n sukan berjaya kelak.

Alangkah indahnya jika negara mempunyai galeri sukan yang memaparkan kehebatan sukan yang pernah dilalui atlet negara suatu ketika dahulu sehingga sekarang (badminton dan bola sepak sebagai contoh) yang menjadi ikon dan ikutan peminat di seluruh dunia seperti ditunjukka­n pasukan bola sepak Barcelona ini.

Industri pelanconga­n sukan ini jika diberi perhatian dan perancanga­n cukup rapi serta berhati-hati, akan dapat membawa negara ke satu tahap baharu” Industri pelanconga­n sukan negara ini boleh dilihat dalam tiga jaringan rantaian utama iaitu pembanguna­n sukan, kecemerlan­gan dan perniagaan” Negara perlu mengorak langkah ke arah pembanguna­n sukan dan menjadikan­nya sebagai satu industri pelanconga­n sukan berjaya kelak”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia