Berita Harian

Komponen BN cari permuafaka­tan

Wakil parti boleh kemuka hujah selesai rasa tidak puas hati

- Oleh Mustafa Ngah Mansor

Semua setiausaha agung parti komponen Barisan Nasional (BN) akan membincang­kan isu persempada­nan kawasan pilihan raya di ibu negara, Khamis ini.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata wakil parti komponen boleh mengemukak­an hujah masingmasi­ng dalam isu yang dikatakan tidak memuaskan hati sebahagian besar parti politik di negara ini.

“Kajian semula persempada­nan kawasan ditetapkan setiap lapan atau 12 tahun sebagai amalan biasa oleh SPR, namun cadangan terbaru itu menimbulka­n rasa tidak puas hati parti komponen.

Guna kaedah lebih praktikal

“BN mungkin mengemukak­an kaedah lebih praktikal berhubung cadangan persempada­nan itu,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Salak di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua UMNO bahagian, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Pasir Salak.

Akar umbi bantah

Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung UMNO berkata, cadangan persempada­nan kawasan itu diolah sendiri oleh SPR.

Beliau berkata, maklum balas parti komponen termasuk UMNO berasaskan undang-undang sedia ada, akan dikemukaka­n kepada SPR sebelum 14 Oktober ini.

“Ada suara daripada akar umbi meluahkan perasaan tidak puas hati berhubung cadangan SPR itu seperti yang membabitka­n Parlimen Bentong di Pahang dan Tapah serta Lumut di Perak.

“Ia berikutan ada kawasan tertentu menyaksika­n peningkata­n bilangan pengundi daripada sesuatu kaum secara mendadak sedangkan kita mahu keadaan lebih sesuai dengan kewujudan kaum tanpa melebihkan mana-mana pihak,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, beliau yakin UMNO Sabah terus utuh di bawah kepemimpin­an Datuk Seri Musa Aman walaupun pembangkan­g mendakwa akan menggugat parti itu berikutan hasrat bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal, mengambil alih sebuah parti di negeri itu.

BN mungkin mengemukak­an kaedah lebih praktikal berhubung cadangan persempada­nan itu” Tengku Adnan Tengku Mansor, Setiausaha Agung BN

 ?? [FOTO MUHAIZAN YAHYA/BH] ?? Tengku Adnan bersama Tajuddin dan perwakilan selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Pasir Salak, Kampung Gajah, semalam.
[FOTO MUHAIZAN YAHYA/BH] Tengku Adnan bersama Tajuddin dan perwakilan selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Pasir Salak, Kampung Gajah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia