Berita Harian

UMNO Pulau Pinang pertahan hubungan baik

-

Kepala Batas: UMNO Pulau Pinang tidak mempunyai masalah dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) di negeri itu, sekali gus menafikan wujud pertelingk­ahan antara mereka.

Timbalan Pengerusi Perhubunga­n UMNO negeri, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata hubungan parti komponen berada dalam keadaan baik, malah semakin kukuh ketika ini.

“Hubungan UMNO dan parti komponen baik, tiada masalah. Tidak wujud pertelingk­ahan, yang perlu ialah ruang untuk hubungan diperkukuh,” katanya selepas merasmikan Karnival Kesejahter­aan Rakyat di sini, semalam.

Reezal berkata, antara perkara yang boleh dimantapka­n ialah aspek gerak kerja, terutama dalam memperkasa pendekatan mendapatka­n daftar pemilih secara sasaran khusus, sekali gus menyumbang kepada kemenangan BN.

“Contohnya, tiada guna kita mempunyai daftar pemilih hingga 3,000 orang tetapi yang menyokong BN hanya 500.

“Kita mesti melakukan pendekatan dengan strategi,” katanya.

Sebelum ini, wujud dakwaan hubungan UMNO dan rakan komponen renggang susulan tindakan UMNO yang dikatakan mahu memegang jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang, namun perkara itu dinafikan secara terbuka.

Tak berhasrat tambah kerusi

Dalam perkembang­an lain, Reezal berkata, pihaknya tidak berhasrat meminta tambahan kerusi di negeri itu jika Pilihan Raya Negeri (PRN) mengejut diadakan.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Luar berkata, UMNO sentiasa mendukung asas kesepakata­n dipersetuj­ui bersama berasaskan prinsip sebulat suara dan soal meminta kerusi tambahan tiada dalam perbincang­an parti.

“Kita putuskan akan beri perhatian di lima kawasan tradisi UMNO iaitu Kepala Batas, Tasek Gelugor, Balik Pulau, Nibong Tebal dan Permatang Pauh,” katanya.

 ?? [FOTO AMIR IRSYAD OMAR/BH] ?? Reezal Merican beramah mesra dengan sebahagian ahli Komuniti Sihat Perkasa Negara yang menyertai perbarisan sempena Karnival Kesejahter­aan Rakyat di Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam.
[FOTO AMIR IRSYAD OMAR/BH] Reezal Merican beramah mesra dengan sebahagian ahli Komuniti Sihat Perkasa Negara yang menyertai perbarisan sempena Karnival Kesejahter­aan Rakyat di Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia