Berita Harian

SYABAS digesa lebih pantas bertindak

Bekalan air bersih cukup perlu disedia kepada pengguna terjejas

- Oleh Irwan Shafrizan Ismail dan Fahmy Azril Rosli

Orang ramai mendesak Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) supaya lebih cekap dalam usaha memastikan tiada gangguan air termasuk air yang berkeladak dan berbau.

Air berkeladak dan berbau bukan perkara baharu bagi beberapa kawasan yang kerap mengalami masalah itu hingga menjejaska­n rutin harian.

Sekiranya berlaku gangguan, SYABAS perlu membekalka­n air bersih secukupnya kepada pengguna terjejas.

Dalam kejadian gangguan bekalan air terbaru yang berpunca daripada penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih sebanyak tiga kali sejak Khamis lalu, penduduk di kawasan terjejas mendakwa bekalan air bersih yang dihantar menggunaka­n lori tangki tidak mencukupi.

Tinjauan di Putrajaya dan Bandar Baru Bangi, semalam, mendapati rata-rata penduduk kecewa dengan masalah berkenaan dan menuding jari kepada SYABAS. Mereka mahu pihak berkaitan bertindak dengan cekap bagi mengelak masalah yang sama berulang.

Maklum masa

Penduduk Presint 11 Putrajaya, Carlos Basri, 52, berkata SYABAS sepatutnya memaklumka­n masalah lebih awal supaya penduduk boleh menyimpan air.

Katanya, kebanyakan penduduk hanya dapat makluman mengenai bekalan air terjejas pada Jumaat lalu, sekali gus menyebabka­n mereka tidak sempat untuk menyimpan air sehingga terpaksa membeli air mineral.

"SYABAS sepatutnya menangani masalah pencemaran air ini lebih awal, dan bukan sehingga menjejaska­n penduduk yang terpaksa berdepan masalah air berbau dan berkeladak. Cuma hari ini (semalam) bekalan air semakin pulih cuma berbau klorin yang agak kuat.

“Air berkeladak dan berbau bukan masalah baharu kerana saya kerap mengalamin­ya sejak tinggal di sini pada 2001. Namun, biasalah bila ada aduan, baru ada tindakan pihak berwajib,” katanya.

Pengusaha restoran di Presint 8, Abdul Kaber Abdul Rahman, 43, berkata dia terpaksa memasang penapis air di premisnya yang berharga RM1,000 selepas pelanggan memberitah­u air minuman berbau.

“Air mula berbau sejak Jumaat lalu dan kelmarin (Sabtu), bau berkuranga­n tetapi berkeladak menyebabka­n saya terpaksa membeli stok air mineral,” katanya.

Pesara, Hasnan Abdul Malik, 62, dari Seksyen 4 Bandar Baru Bangi, berkata penduduk sudah berkalikal­i memaklumka­n kepada SYABAS supaya menghantar lori tangki tetapi pihak berkenaan gagal berbuat demikian.

“Tindakan itu sudah semestinya tidak profesiona­l kerana tiada tindakan susulan yang tersusun pihak berkaitan apabila berlakunya gangguan bekalan air.

“Mereka sepatutnya menyediaka­n lebih banyak lori tangki yang meliputi semua kawasan terjejas, dan bukan hanya menunggu aduan,” katanya.

Timbalan Pengerusi Surau Alkauthar Seksyen 9 Bandar Baru Bangi, Zulkifli Salleh, mendakwa sepanjang tempoh gangguan bekalan air sejak tiga hari lalu, tiada lori tangki menghantar bekalan air ke kawasan itu.

“Walaupun kadangkala ada air sepanjang tempoh itu, tetapi air mengeluark­an bau masam. Air berbau seperti ini (bau masam) kali pertama berlaku di sini,” katanya.

 ??  ?? Hasnan mengangkat bekalan air yang diambil di rumah saudaranya di Jalan Reko, Kajang ekoran masalah air yang melanda perumahan di sekitar Seksyen 4, Bangi.
Hasnan mengangkat bekalan air yang diambil di rumah saudaranya di Jalan Reko, Kajang ekoran masalah air yang melanda perumahan di sekitar Seksyen 4, Bangi.
 ??  ?? Orang ramai mengambil air dari lori tangki SYABAS.
Orang ramai mengambil air dari lori tangki SYABAS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia