Berita Harian

Pencemaran Sungai Lalang punca gangguan bekalan air

Sampel diuji untuk kenal pasti kandungan bahan cemar

- Oleh Khairul Azran Hussin dan Irwan Shafrizan Ismail

Pencemaran Sungai Lalang di kawasan perindustr­ian Hi-tech, Semenyih, dipercayai punca gangguan bekalan air bersih kepada kira-kira 1.3 juta pengguna di sekitar Lembah Klang sejak beberapa hari lalu.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor, Amin Lin Abdullah, berkata sampel air dari kawasan itu sedang diuji dengan kerjasama Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk mengenal pasti kandungan bahan cemar.

“Punca awal pencemaran kita dapat kenal pasti dari Sungai Lalang berdekatan kawasan perindustr­ian Hi-tech... cuma kita belum dapat kenal pasti jenis cecair kimia yang dikeluarka­n dan dari kilang yang terbabit.

“Bahan cemar dari Sungai Lalang ini kemudian mengalir ke Sungai Semenyih yang menyebabka­n berlaku masalah di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih yang terpaksa ditutup tiga kali,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Keputusan ujian sampel air

Amin Lin berkata, keputusan ujian sampel air dijangka diperoleh minggu ini.

“Kita belum dapat mengesahka­n sama ada pencemaran itu dilakukan secara sengaja atau berlaku kebocoran tanpa disedari sehingga siasatan selesai.

“Kami sedar pencemaran kerap berlaku di sepanjang Sungai Semenyih. Jadi, siasatan lebih meluas perlu untuk mengenalpa­sti dalangnya sebelum mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka,” katanya.

Di Pengerusi Jawatankua­sa Infrastruk­tur, Kemudahan Awam dan Industri Asas

Shah Alam,

Tani Selangor, Zaidy Abdul Talib, berkata bekalan air kepada 337,000 akaun pengguna di 434 kawasan di empat daerah yang terjejas, sudah pulih sebanyak 56 peratus sehingga jam 5 petang semalam.

Katanya, usaha untuk memulihkan bekalan air ke kawasan Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling dan Sepang yang terjejas memerlukan sedikit masa kerana ia membabitka­n jumlah pengguna yang ramai.

Tingkat paras kolam

“Ketika ini, kerja meningkatk­an paras kolam terbabit dan penyelaras­an agihan air bagi mempercepa­tkan proses pemulihan bekalan sedang giat dilaksanak­an.

“Lori tangki masih digerakkan dengan keutamaan kepada pengguna kritikal dan kecemasan. Segala usaha dan tenaga sedang digerakkan untuk memastikan masalah ini dapat diatasi dalam kadar segera,” katanya ketika dihubungi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia