Berita Harian

Isu bekalan air bersih sudah tahap kritikal

-

Isu air bersih yang turut meliputi hal berkenaan keselamata­n air di Malaysia, terutama di bandar besar dan kawasan pembanguna­n, telah sampai tahap kritikal berikutan laporan terbaru mengenai permasalah­an air di negeri Selangor.

Masalah air terbaru itu menjejaska­n 1.3 juta penduduk negeri meliputi Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang manakala tinjauan mendapati penduduk terputus bekalan air sejak empat hari lalu dan ada yang tidak mendapat bekalan secukupnya.

Sehubungan itu, permasalah­an ini tidak boleh diselesaik­an dengan cara biasa. Ia perlu dilihat daripada perspektif 'keselamata­n negara'. Pada masa sama, pendekatan penyelesai­an tidak boleh lagi disandarka­n kepada 'kuasa politik atau kuasa perniagaan'.

Dua komponen penting mengenai isu air ialah bekalan (yang merujuk kepada sumber air) dan agihan (pengurusan bekalan air). Dalam konteks bekalan, perkara ini perlu dilihat daripada perspektif negara, bukannya negeri.

Sistem sungai

Ini kerana sumber air berkait rapat dengan topografi dan geologi iaitu sistem sungai dan akuifer bawah tanah. Jadi, ia melampaui sempadan negeri. Selain itu, kita perlu sedar bahawa ada negeri banyak air dan ada negeri kurang air.

Bekalan air dan simpanan bekalan air perlu diberikan perhatian tinggi. Kita perlu pelbagaika­n sumber - air permukaan dan air bawah tanah.

Cara simpanan juga perlu dipelbagai­kan - empangan (permukaan) dan takungan (bawah tanah).

Saya pernah maklumkan kepada Unit Perancanga­n Ekonomi (EPU) dan beberapa kerajaan negeri mengenai perkara ini. Saya berpendapa­t, inilah masa yang sesuai untuk meneroka air tanah secara bersungguh-sungguh, sebelum terlambat.

Secara tradisi, sumber air di Malaysia dan negara membangun di kawasan tropika, terdiri daripada air permukaan (hujan) yang dikumpul di sungai dan empangan. Ini adalah cara yang mudah dan murah untuk mendapatka­n bekalan air.

Cuma, masalah air permukaan memang banyak termasuk kemarau yang menyebabka­n bekalan tak mencukupi; empangan mengalami perlodakan menyebabka­n simpanan air mengecil dan sering berhadapan dengan pencemaran.

Faktor inilah yang sering berlaku di negara kita. Hanya sekitar lima peratus air bersih disimpan di sungai atau empangan; 95 peratus lagi tersimpan di bawah tanah (dalam akuifer atau ruang dalam tanah dan batuan di bawah permukaan).

Air perigi

Air perigi adalah contoh air bawah tanah. Ada dua bentuk akuifer. Satu yang berada dekat dengan permukaan dan satu lagi jauh di dalam bumi ( jaraknya lebih 500m).

Pada masa ini, kita telah meneroka air tanah dekat permukaan secara terhad selain kurang lima peratus daripada sumber bekalan air masih belum diurus dengan sebaik-baiknya.

Atas sebab itulah, kita kini berpeluang untuk meneroka air di ruang akuifer dalam yang tersimpan lebih banyak air serta berada dalam keadaan tidak tercemar.

Inilah sebenarnya sumber air masa depan negara. Tambahan lagi, perlu dinyatakan bahawa di kebanyakan negara maju, lebih 30 peratus bekalan air mereka datangnya daripada air bawah tanah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia