Berita Harian

Kolej Vokasional Besut menang rekod pembukaan akaun SSPN-I Plus tertinggi

Sehingga kini seramai 2,066 ejenpemasa­ran online dilantik diseluruhn­egara

- Oleh Noor Aznida Alias, Baharom Bakar dan Mohammad Ishak

Kolej Vokasional Besut menerima anugerah pembukaan akaun SSPN-I Plus tertinggi di peringkat daerah Besut, sekali gus menerima hadiah wang tunai berjumlah RM5,000. Tempat kedua dimenangi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Mahmud 2 di sini, manakala Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Kenak di sini, mendapat tempat ketiga dan masing-masing menerima hadiah wang tunai berjumlah RM3,000 dan RM2,000.

Hadiah kepada pemenang disampaika­n Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.

Yang turut hadir, Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Wan Ahmad Wan Yusoff dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Mohd Mahdi Musa.

Pengarah Kolej Vokasional Besut, Abdullah Zawawi Yahya berkata, seramai 125 pensyarah dan kakitangan kolej membuka akaun menggunaka­n kaedah pemotongan gaji setiap bulan.

Katanya, pihak pentadbir kolej memberi galakan bukan sahaja kepada pensyarah dan kakitangan, tetapi juga semua pelajar digalakkan untuk membuka akaun.

“Bukan anugerah yang menjadi keutamaan, tetapi lebih penting adalah masa depan anak mereka,” katanya ketika ditemui selepas majlis Jalinan Mesra PTPTN Besut di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu, di sini, semalam. Pada majlis itu seramai 233 pelajar cemerlang dalam peperiksaa­n Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) dari Besut menerima sumbangan tanggungja­wab sosial korporat (CSR) daripada PTPTN untuk pembukaan atau penambahan akaun SSPN-I atau SSPN-I Plus berjumlah RM23,300.

Sedia pelbagai aktiviti

Selain itu, pelbagai aktiviti diadakan termasuk slot motivasi, pertanding­an mewarna membabitka­n murid praperseko­lahan dan pameran serta kemudahan pembukaan akaun SSPN-I Plus.

Sementara itu, guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Mahmud 2, Kew Hwee Ming pula menerima anugerah sebagai Ejen Pemasaran Online (EPO) terbaik di peringkat daerah Besut bagi bulan Mei.

Ibu empat cahaya mata itu menerima hadiah Samsung Tab 3 selepas berjaya membuka 39 akaun SSPN-I Plus sejak Februari lalu.

“Selain saya dan suami membuat tabungan sebanyak RM12,000 setahun untuk masa depan empat anak, saya juga mencari pendeposit baharu yang terdiri daripada guru dan rakan.

“Walaupun dilantik sebagai EPO, ia tidak menjejaska­n tugas sebagai pendidik kerana tugas sebagai EPO dilakukan selepas waktu kerja,” katanya.

Sementara itu, Wan Ahmad berkata, sehingga kini, seramai 2,066 ejen EPO dilantik di seluruh negara dan disasarkan seramai 4,000 dilantik sebelum akhir tahun ini.

Katanya, EPO terbaik berpeluang menerima anugerah jika berjaya mencapai pembukaan akaun baharu SSPN-I Plus ditetapkan.

“EPO yang berjaya menerima anugerah itu berpeluang menikmati pakej percutian ke luar negara termasuk ke Perth dan Korea, selain mengerjaka­n umrah,” katanya.

Beliau berkata, usaha proaktif PTPTN dalam mempromosi­kan minda masyarakat negara ini untuk membuat tabungan pendidikan perlu disambut baik setiap lapisan masyarakat.

“Antara keistimewa­an disediakan PTPTN ialah menawarkan perlindung­an takaful komprehens­if sehingga RM1 juta.

EPO di kalangan guru dan kakitangan sekolah bertujuan menggalakk­an penyertaan rakyat seluruh negara menabung dalam SSPN-I Plus.

Hadiah RM1.5 juta

Dalam pada itu, PTPTN menyasarka­n untuk melantik 4,000 EPO di seluruh negara bagi menggalakk­an pelajar dan ibu bapa menabung dalam SSPN-I Plus.

Katanya, sehingga kini seramai 2,066 EPO sudah dilantik di seluruh negara, termasuk 90 guru dan kakitangan sekolah di daerah Besut.

Idris berkata, PTPTN menawarkan hadiah cabutan keseluruha­n bernilai RM1.5 juta untuk pendeposit SSPN-I Plus bagi menggalakk­an pelajar dan ibu bapa menabung dalam SSPN-I Plus, yang diperkenal­kan PTPTN pada Jun tahun lalu.

Beliau berkata, sejak dilancarka­n sehingga ini, 22,901 akaun SSPN-I Plus dibuka dan aktif dengan jumlah deposit simpanan RM6.9 juta serta jumlah perlindung­an takaful sehingga RM1.7 bilion.

SSPN-I Plus adalah skim atau pelan simpanan yang direka PTPTN untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi yang sudah ditambahba­ik dengan perlindung­an takaful yang murah dan komprehens­if, berbanding SSPN-I sedia ada.

“Ibu bapa yang menyertai program tabungan SSPN-I Plus juga diberikan pelepasan taksiran cukai sehingga RM12,000 setahun,” katanya.

 ?? [FOTO ROZAINAH ZAKARIA/BH] ?? Idris bersama sebahagian pelajar cemerlang yang menerima insentif RM100 di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu, semalam.
[FOTO ROZAINAH ZAKARIA/BH] Idris bersama sebahagian pelajar cemerlang yang menerima insentif RM100 di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu, semalam.
 ??  ?? Idris menyampaik­an replika cek kepada Abdullah Zawawi pada Majlis Jalinan Mesra PTPTN-BESUT di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu, semalam.
Idris menyampaik­an replika cek kepada Abdullah Zawawi pada Majlis Jalinan Mesra PTPTN-BESUT di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia