Berita Harian

Ahli diingat tidak gadai maruah, pertahanka­n parti

-

Kuala Kangsar: Setiap ahli UMNO diingatkan supaya tidak menggadaik­an maruah kepada pihak yang bercita-cita tinggi terhadap kuasa dan kekayaan, sebaliknya mempertaha­nkan idealisme perjuangan kelangsung­an parti itu, agama Islam, bangsa serta negara.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata UMNO tidak pernah menutup sejarah mana-mana individu yang pernah mencurahka­n jasa kepada parti dan negara, namun jika ada individu terbabit berpaling tadah dan melawan parti, setiap anggota parti perlu mempertaha­nkan idealisme perjuangan suci parti berkenaan.

Katanya, perkara itu penting bagi memastikan kelangsung­an setiap agenda parti dirasai secara berterusan hingga ke generasi seterusnya.

“Penting bagi semua ahli untuk berpegang teguh kepada idealisme perjuangan dan inspirasi parti yang tulen supaya tidak mudah diganggu gugat oleh sentimen yang sengaja diwujudkan untuk merosakkan keharmonia­n parti dan juga menghancur­kan pemerintah­an negara,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kuala Kangsar di sini, semalam.

Asyraf Wajdi yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, meskipun parti itu mempunyai kelemahan tersendiri, kekuatan yang dimiliki membuktika­n pemerintah­an parti itu berjaya mentadbir negara dan memastikan agenda perjuangan Islam, bangsa dan negara diteruskan sehingga rahmat Allah dirasai semua rakyat tidak kira bangsa dan agama.

“Kita ( juga) harus pertahanka­n parti dan bukannya individu kerana individu boleh datang dan pergi.

Harap semangat berterusan

“Melihatkan pada kehadiran ahli UMNO pada mesyuarat perasmian) menunjukka­n bahawa semangat (ahli UMNO Kuala Kangsar) masih berkobar-kobar dan saya harapkan semangat ini berterusan walaupun sudah memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) yang lalu, tetapi pastikan momentum berterusan sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau meminta ahli UMNO supaya mendekati dan memberi kesedaran kepada golongan belia yang kini dilihat kurang berminat mengenai politik dan kenegaraan, sebaliknya lebih cenderung ke arah pendedahan media sosial untuk mereka mendaftar sebagai pemilih.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Asyraf Wajdi memukul gong tanda perasmian Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kuala Kangsar, semalam.
[FOTO BERNAMA] Asyraf Wajdi memukul gong tanda perasmian Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kuala Kangsar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia