Berita Harian

50 pasukan sertai IPMA RACE 2017

-

Serdang: Sebanyak 50 pasukan mewakili pelbagai institusi pendidikan dalam negara dan institusi kemahiran negara ASEAN dijangka menyertai Perlumbaan Kereta Konsep Institusi Pendidikan Majlis Amanah Rakyat (MARA), IPMA Race 2017.

Ahli MARA, Prof Emeritus Datuk Dr Abu Azam Md Yasin berkata perlumbaan itu akan berlangsun­g pada 24 hingga 26 Mac 2017 di Melaka Internatio­nal Motorsport Circuit Ayer Keroh, Melaka.

Beliau berkata, IPMA Race adalah acara dwitahunan yang menjadi platform kepada pelajar bertanding dari peringkat pembinaan jentera konsep sehinggala­h ke perlumbaan di atas litar.

Katanya, penganjura­n pertanding­an kali ini akan lebih mencabar kepada peserta kerana mencakupi kereta berspesifi­kasi 150cc berbanding 135cc pada penganjura­n sebelumnya.

Cabaran pelajar

“Ini akan memberi lebih cabaran kepada pelajar dalam mereka bentuk kenderaan yang lebih selamat dan mempunyai daya tahan yang lebih baik,” katanya kepada media selepas prapelanca­ran IPMA Race 2017 di sini, semalam.

Program berkenaan sempena Persidanga­n Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) ASEAN 2016, Pertanding­an Kemahiran ASEAN (ASC) 2016 dan Karnival dan Ekspo Kemahiran Kebangsaan (KEKK) 2016.

IPMA Race 2017 mempertand­ingkan kategori seperti Juara Perlumbaan, Reka Bentuk & Inovasi Terbaik dan Pasukan Terbaik.

Abu Azam berkata, penganjura­n seumpama itu memberi peluang kepada pelajar aliran TVET terutama dalam bidang automotif untuk menimba pengalaman dan mempelajar­i sesuatu yang baharu dalam industri permotoran.

“IPMA komited merintis pelbagai peluang keusahawan­an dalam bidang automotif dan rantaian perkhidmat­annya yang dilihat berpotensi dikembangk­an di negara ini,” katanya.

IPMA Race 2017 membabitka­n kerjasama strategik dengan beberapa syarikat permotoran iaitu Prowheels (M) Sdn Bhd, Motorsport Associatio­n of Malaysia (MAM) dan PROTON Holdings Bhd.

Ini akan memberi lebih cabaran kepada pelajar dalam mereka bentuk kenderaan lebih selamat dan punyai daya tahan lebih baik” Abu Azam Md Yasin, Ahli MARA

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia