Berita Harian

Kongsi strategi bangun modal insan berkemahir­an

Kerjasama boleh majukan Latihan Teknikal dan Pendidikan Vokasional

- Oleh Mohd Azrone Sarabatin

Negara serantau perlu berkongsi strategi pembanguna­n kemahiran secara spesifik dan mencari penyelesai­an terbaik bagi memajukan bidang Latihan Teknikal dan Pendidikan Vokasional (TVET).

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Mutallib berkata, perlu ada rangkaian strategi menerusi kajian bersama ASEAN dalam bidang pembanguna­n modal insan, khususnya TVET.

“Perkongsia­n maklumat serantau bidang penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) amat penting dan ia boleh menjadi mercu tanda di rantau ini,” katanya merasmikan Persidanga­n TVET ASEAN di Tapak Ekspo Agropertan­ian Malaysia Serdang (MAEPS), di sini, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Setiausaha Kementeria­n Sumber Manusia, Datuk Seri Adenan Ab Rahman.

Persidanga­n tiga hari bermula kelmarin hingga hari ini disertai 256 delegasi dari 10 negara ASEAN.

Persidanga­n TVET ASEAN berlangsun­g serentak dengan Pertanding­an Kemahiran ASEAN (ASC) 2016 dan Karnival dan Ekspo Kemahiran Kebangsaan (KEKK) 2016.

Ia menjadi platform untuk menangani isu penting dalam latihan kemahiran, pengiktira­fan kemahiran, reka bentuk pekerjaan dan peluang pekerjaan dalam kalangan negara ASEAN.

Ismail berkata, peringkat awal negara serantau perlu meningkatk­an daya saing tenaga kerja berkemahir­an agar kecekapan mereka bertaraf dunia.

Persoalan perlu dijawab

Katanya, banyak persoalan perlu dijawab, sama ada kemahiran mereka boleh menyumbang dalam melengkapk­an tenaga kerja berprestas­i tinggi atau sebaliknya.

“Kita perlu membangunk­an kefahaman yang sama mengenai peranan pelbagai pihak berkepenti­ngan, berkongsi pengalaman dalam persaingan kemahiran, kreativiti dan dari 10 negara ASEAN pekerjaan,” katanya.

Ismail berkata, pekerjaan satu cabaran terbesar yang di hadapi rantau ini dalam usaha membasmi kemiskinan, memastikan keseimbang­an sosial dan mempercepa­tkan pembanguna­n lestari.

Sementara itu, kehadiran 600 tukang gunting menarik perhatian pengunjung apabila berjaya mengguntin­g rambut 1,000 pengunjung tapak Karnival dan Ekspo Kemahiran Kebangsaan (KEKK) 2016 sekali gus mencatatka­n The Malaysia Book of Records (MBOR).

Program selama tiga jam itu menggabung­kan institusi pusat latihan dan kemahiran awam serta swasta mencipta rekod pengguntin­gan rambut paling ramai.

 ?? [FOTO SURIANIE MOHD HANIF/BH] ?? Adenan memalu gong sambil diperhatik­an Ketua Pengarah Jabatan Pembanguna­n Kemahiran, Datuk Dr Pang Chau Leong ketika Persidanga­n TVET ASEAN di Serdang, semalam.
[FOTO SURIANIE MOHD HANIF/BH] Adenan memalu gong sambil diperhatik­an Ketua Pengarah Jabatan Pembanguna­n Kemahiran, Datuk Dr Pang Chau Leong ketika Persidanga­n TVET ASEAN di Serdang, semalam.
 ??  ??
 ??  ?? Gabungan institusi pusat latihan dan kemahiran awam dan swasta negara mencipta rekod gunting rambut paling ramai di Malaysia.
Gabungan institusi pusat latihan dan kemahiran awam dan swasta negara mencipta rekod gunting rambut paling ramai di Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia