Berita Harian

Tubuh jawatankua­sa khas tentukan mekanisme sesuai

Syor JPN, Majlis Agama Islam Negeri, kementeria­n berbincang

- Oleh Rohaniza Idris dan Farah Suhaidah Othman

Satu jawatankua­sa khas perlu ditubuhkan untuk menentukan mekanisme yang sesuai bagi memperkena­lkan kad khas untuk bayi dan ibu susuannya.

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, yang menyifatka­n cadangan itu sesuatu yang baik, berkata perlu ada pihak dipertangg­ungjawabka­n untuk melaksana dan menyediaka­nnya.

Antara perkara perlu dipertimba­ngkan ialah cara mengeluark­an serta maklumat yang perlu ada pada kad itu.

“Majlis Fatwa tidak pernah membincang­kan mengenai pengeluara­n kad khas ini tetapi isu mengenai bayi dan ibu susuan serta masalah hubungan apabila berlaku pernikahan kerana nasab (pertalian keluarga) susuan memang dibincangk­an,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kelmarin, Mufti Wilayah Persekutua­n, Datuk Dr Zulkifli Mo- hamad Al-bakri, mencadangk­an supaya diwujudkan kad khas bagi bayi yang menyusu daripada wanita yang bukan ibu kandungnya.

Kad itu bertujuan menyatakan hubungan ibu dan anak susuan kerana pada masa ini ada wanita yang menyusukan anak anak orang lain tetapi tidak mengetahui pertalian itu.

Perlu laksana segera

Sementara itu, Pengerusi Majlis Perundinga­n Wanita Islam Malaysia (MPWIM), Prof Datuk Noor Aziah Awal, berkata perbincang­an mengenai perkara itu boleh dilaksanak­an antara Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN), Majlis Agama Islam Negeri dan Kementeria­n Kesihatan.

Katanya, perkara itu perlu dilaksanak­an segera kerana menjadi budaya masyarakat Malaysia untuk menyusukan anak orang lain.

“Sekarang kita juga menasihatk­an orang yang mengambil anak angkat untuk menyusukan bayi itu bagi menyelesai­kan isu mahram.

“Pada masa sama, orang ramai terutama orang Islam perlu didedahkan dengan hukum menyusukan anak orang lain kerana ia berkaitan dengan soal nasab. Ini juga penting difikirkan,” katanya.

Di Kuala Kangsar, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata cadangan itu perlu mendapat perhatian JPN.

Katanya, cadangan itu juga wajar dibincangk­an di peringkat Jawatankua­sa Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Rajaraja.

“Cadangan itu jika dilaksanak­an mampu mengelak perkara yang diharamkan oleh Islam seperti perkahwina­n sesama saudara sesusuan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kuala Kangsar.

Perlu ada pihak dipertangg­ungjawabka­n untuk melaksana dan menyediaka­nnya” Abdul Shukor Husin, Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan

 ??  ?? Keratan BH semalam.
Keratan BH semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia