Berita Harian

Graduan senibina hasil kek keju mangga

Bekas pensyarah kolej swasta raih pendapatan antara RM2,500 hingga RM3,000 sehari

- Oleh Hidayah Mahmud

Seorang bekas pensyarah kolej swasta di sini mampu meraih pendapatan antara RM2,500 hingga RM3,000 sehari hasil perniagaan kek, terutama kek keju mangga yang kini menjadi pemanis mulut popular di bandar ini.

Hasil air tangan Farisha Mazlan, 28, iaitu kek keju mangga yang dibuat dengan resipi ciptaan sendiri boleh dianggap sebagai ‘ikon’ baharu untuk bandar ini.

Sebut sahaja kek keju mangga, penggemarn­ya sudah pasti terbayangk­an Kuantan.

Farisha berkata, beliau mengambil keputusan berhenti kerja sebagai pensyarah di sebuah kolej swasta untuk membuka perniagaan itu selepas makanan pemanis mulut seperti kek keju mangga dijual di sebuah restoran di sini mendapat sambutan menggalakk­an.

“Saya mula membuka kedai Kula Cakes pada 2013 di Jalan Besar Kuantan. Ia menyediaka­n pelbagai jenis kek dengan ruang makanan yang santai berkonsepk­an taman ada antara pelanggan datang dari Kuala Lumpur, Johor dan Terengganu hanya untuk makan kek keju mangga.

Pendapatan memuaskan

“Pendapatan daripada perniagaan ini agak memuaskan dan saya mampu peroleh pendapatan bersih RM3,000 sehari,” kata ibu kepada seorang cahaya mata perempuan ketika ditemui BH di sini.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Senibina dari Universiti Teknologi MARA (UITM), berkata setiap hari dia memerlukan 180 kilogram (kg) mangga untuk memenuhi permintaan orang ramai sekitar Kuantan dan ejen yang menjualnya di luar Pahang.

“Bukan mudah membuat kek keju mangga kerana ia memerlukan ketelitian, terutama bagi memastikan ia mampu bertahan selama dua minggu jika disimpan secara sejuk beku.

“Purata kek keju mangga yang dijual setiap sehari ialah 20 biji yang dipotong kepada beberapa kepingan, ada juga kek jenis lain dijual iaitu pavlova, red velvet, toblerone cheese, creme brulee, brownies, victoria sandwich dan kek lobak,” katanya.

Berasal dari Tok Sira di sini, Farisha berkata, walaupun beliau tiada pengalaman dalam bidang kulinari dan pembuatan kek, ia bukan alasan untuk tidak berjaya.

“Paling penting berusaha keras dan saya melalui pelbagai cabaran seperti kek dibuat tidak ‘menjadi’, kek menjadi masam, pahit dan berkulat, namun ia tidak menghalang saya untuk meneruskan impian,” katanya.

Katanya, dia menerima tawaran membuka lebih banyak cawangan namun terpaksa menolak kerana mahu memfokuska­n kepada satu kedai sahaja bagi memastikan kualitinya terjamin.

“Ia memerlukan perancanga­n teliti, apa guna kalau mempunyai beberapa cawangan tetapi tidak mampu menguruska­nnya dengan baik sehingga boleh menjejaska­n seluruh perniagaan,” katanya.

Keunikan di Kula Cakes ialah orang ramai bukan hanya dapat menikmati kek keju mangga yang enak tetapi dalam suasana santai seperti berada dalam taman, dengan dekorasi dinding mural berkonsepk­an hidupan hijau yang diilhamkan suaminya, Ahmad Waqiuddin Ahmad Latifi, 30.

 ?? [FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR/BH] ?? Farisha menunjukka­n dua jenis kek keju mangga yang terkenal di kedainya, manakala gambar kanan menunjukka­n persediaan Farisha menyiapkan kek.
[FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR/BH] Farisha menunjukka­n dua jenis kek keju mangga yang terkenal di kedainya, manakala gambar kanan menunjukka­n persediaan Farisha menyiapkan kek.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia