Berita Harian

Penduduk gagalkan cubaan curi lembu

-

Kepala Batas: Cubaan dua lelaki mencuri dua lembu dengan menyuntik ubat pelali, terbantut apabila perbuatan mereka disedari penduduk di ladang sawit di Lahar Tiang di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, suspek cuba menarik lembu berkenaan untuk disumbatka­n ke dalam sebuah kereta Proton Waja.

Ketua Polis Seberang Prai Utara, Asisten Komisioner Azmi Adam, berkata penduduk cuba menahan lelaki terbabit tetapi gagal kerana mereka melarikan diri ke kawasan belukar.

Buat laporan polis

Katanya, penduduk kemudian membuat laporan dan polis sedang mengesan dua lelaki dipercayai warga tempatan yang terbabit dalam kegiatan berkenaan.

“Berdasarka­n laporan, kejadian curi ternakan turut berlaku di sekitar Tasek Gelugor dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Difahamkan, penduduk turut menemui sebuah Proton Waja di ladang sawit dipercayai digunakan untuk membawa ternakan curi keluar dari kawasan kampung berkenaan.

Sementara itu, penduduk, Noor Bibi Ziana Murad, 37, mendakwa kegiatan curi ternakan turut berlaku di Padang Chempedak, Jarak dan Ekor Kucing membabitka­n kerugian mencecah puluhan ribu ringgit.

“Penduduk percaya lembu curi dihantar ke lori lebih besar di kawasan berdekatan sebelum dihantar ke lokasi lain untuk dijual kepada peniaga,” katanya.

 ?? [FOTO IHSAN PEMBACA] ?? Lembu yang tidak sempat dilarikan suspek dalam kejadian curi di Lahar Tiang, Kepala Batas, kelmarin manakala gambar kanan kereta dipercayai milik suspek yang meloloskan diri.
[FOTO IHSAN PEMBACA] Lembu yang tidak sempat dilarikan suspek dalam kejadian curi di Lahar Tiang, Kepala Batas, kelmarin manakala gambar kanan kereta dipercayai milik suspek yang meloloskan diri.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia