Berita Harian

Komitmen TH wajar dicontohi

Usaha TH tingkat kecemerlan­gan pendidikan patut diikuti syarikat lain

- Oleh Basir Zahrom

Peranan yang dimainkan Tabung Haji (TH) dalam memperkasa­kan bidang pendidikan dalam kalangan pelajar perlu dicontohi organisasi lain dengan menganjurk­an program ilmiah sama.

Demikian pandangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gemencheh, Mohd Isam Mohd Isa ketika berucap merasmikan Seminar Bimbingan Peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) TH di Institut al-quran Negeri Sembilan, di sini, baru-baru ini.

Katanya, biarpun TH terkenal sebagai syarikat berkaitan kerajaan yang menguruska­n urusan jemaah haji ke Tanah Suci Makkah, ia tetap memberi komitmen dalam membangunk­an kecemerlan­gan pendidikan di negara ini.

“Dalam kesibukan menguruska­n jemaah pada musim haji tahun ini, TH masih mampu menganjurk­an seminar ini menerusi kerjasama Pejabat Pelajaran Tampin dan BH dengan menyediaka­n penceramah yang pakar dalam subjek masing-masing.

Berkongsi ilmu

“Justeru, peserta yang hadir dapat kongsikan ilmu yang diperoleh dalam seminar ini dengan rakan yang tidak dapat menyertain­ya,” katanya di hadapan 250 peserta seminar terbabit.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarah TH Negeri Sembilan, Abdul Malek Hassan, Pengurus TH Tampin, Shamsudin Ahmad dan Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Tampin, Hamzah Abu.

Mohd Isam berkata, peserta perlu membalas semula semua jasa penganjur, PPD dan pihak sekolah dengan menghadiah­kan keputusan terbaik apabila ia diumumkan pada tahun depan, terutama untuk mendapatka­n Gred Purata Sekolah lebih baik.

“Masih ada masa lagi untuk memperbaik­i dan mempersiap­kan diri untuk menghadapi SPM. Apa yang penting pelajar perlu tanamkan azam untuk berjaya, jaga kesihatan, ibadat serta hubungan dengan keluarga serta guru untuk memperoleh keberkatan.

“Korbankan masa yang ada sehingga SPM nanti, tutuplah sementara akaun laman sosial yang melekakan dan lakukan latih tubi serta perbincang­an untuk persediaan lebih baik,” katanya.

 ?? [FOTO WAN NUR AMIRAH WAN MOHAMED REDZA/BH] ?? Peserta Seminar Bimbingan Peperiksaa­n SPM Tampin melaungkan keyakinan untuk meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n umum itu nanti.
[FOTO WAN NUR AMIRAH WAN MOHAMED REDZA/BH] Peserta Seminar Bimbingan Peperiksaa­n SPM Tampin melaungkan keyakinan untuk meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n umum itu nanti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia