Berita Harian

Misi tawan 60 puncak gunung

-

Shah Alam: Seramai 2,000 kakitangan dan mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UITM) akan memulakan misi menawan 60 puncak gunung di seluruh negara dalam tempoh terdekat.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UITM, Prof Datuk Dr Abdullah Mohamad Said, berkata ekspedisi itu dirancang sempena sambutan ulang tahun ke-60 penubuhan Universiti Awam (UA) itu pada tahun ini, selain sebagai simbol kejayaan universiti itu dalam melahirkan ramai tokoh hebat sejak ia ditubuhkan.

Mantap fizikal, mental

“Kita jangkakan pada 11 November depan, semua 60 puncak ini sudah berjaya ditawan. Persediaan sudah dilakukan sejak awal tahun bagi memantapka­n ketahanan fizikal dan mental. Mengikut perancanga­n, gunung yang akan didaki mestilah mempunyai ketinggian 1,600 meter ke atas.

“Sudah tentu antara keutamaan menawan tujuh gunung tertinggi di Semenanjun­g atau dikenali sebagai G7, iaitu Gunung Tahan, Gunung Chamah, Gunung Ulu Sepat, Gunung Yong Yap, Gunung Korbu, Gunung Gayong dan Gunung Yong Belar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri ‘Majlis Sambutan Kayuhan 60 Lagenda’ sempena 60 tahun penubuhan UITM di sini, semalam.

Dalam perkembang­an lain, Abdullah berkata 5,700 kakitangan dan mahasiswa UITM menyertai program Kayuhan 60 Lagenda di kampus seluruh negara, bermula 19 September lalu dan berakhir semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia