Berita Harian

1,000 penduduk bimbang tanah flet mendap

Dakwa tiada tindakan walaupun sudah mengadu

- Oleh Wan Nur Faliqha Wan Hazani

Kira-kira 1,000 penduduk flet kos rendah Bandar Putra Rahman (BPR) 10 hidup dalam kebimbanga­n berikutan pelbagai masalah dihadapi berkaitan kediaman.

Paling dikhuatiri ialah pemendapan tanah di bawah rumah, keretakan dinding dan paip tersumbat.

Seorang kakitangan kerajaan, Rahim Razali, 36, yang menetap di kawasan itu sejak empat tahun lalu, mulai gusar apabila mendapati tanah mendap di belakang rumahnya semakin besar.

Ketika mula pindah ke kawasan itu, katanya, saiz mendapan itu kecil dan tidak kelihatan membimbang­kan.

“Bagaimanap­un, keadaan semakin teruk dari hari ke hari hingga rekahan di bawah rumah boleh dilihat.

“Paip juga sering tersumbat dan menyukarka­n kehidupan harian penduduk.

“Pokok besar di belakang rumah saya turut mendatangk­an masalah kerana dahannya sudah menimpa rumah,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sijil duduki sementara

Rahim berkata, penduduk mendakwa hanya diberi sijil menduduki sementara daripada pihak pemaju dan tempohnya sudah berakhir.

Apabila meminta sijil tetap dikeluarka­n, katanya, pemaju mendakwa akan menghubung­i penduduk tetapi tiada maklum balas diterima sehingga kini.

Roselina Jamludin, 34, bersama penduduk lain mendakwa sudah membuat aduan pada pihak bertanggun­gjawab sejak dua tahun lalu namun tiada tindakan diambil.

“Kami ada memaklumka­n perkara ini kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Khairuddin Othman.

“Mereka datang, ambil keterangan dan gambar serta berjanji akan menghubung­i kami untuk tindakan lanjutan tetapi keadaan masih sama,” katanya.

Mohd Salim Nizam, 46, berkata flet di belakang kawasan itu juga hampir enam tahun terbiar tidak berpenghun­i.

“Kami tertanya-tanya mengapa blok belakang tidak berpenghun­i tetapi dipagari zink.

“Keadaan itu menyebabka­n ia menjadi sarang kegiatan tidak bermoral termasuk penagihan dadah, manakala kes kecurian kepala paip dan bekalan elektrik turut berlaku,” katanya.

Mereka datang, ambil keterangan dan gambar serta berjanji akan menghubung­i kami untuk tindakan lanjutan tetapi keadaan masih sama” Roselina Jamludin, Penduduk

 ?? [FOTO AIZUDDIN SAAD/BH] ?? Roselina (kiri) meninjau mendapan tanah yang berlaku pada blok bangunan Rumah Pangsa Kos Rendah Bukit Rahman Putra di Sungai Buloh.
[FOTO AIZUDDIN SAAD/BH] Roselina (kiri) meninjau mendapan tanah yang berlaku pada blok bangunan Rumah Pangsa Kos Rendah Bukit Rahman Putra di Sungai Buloh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia