Berita Harian

Pemaju disaran bina hartanah bertingkat

-

Alor Setar: Kerajaan negeri menyaranka­n pemaju hartanah membina bangunan perniagaan atau perumahan menggunaka­n konsep bertingkat di sekitar bandar raya ini.

Langkah itu dilihat dapat menangani isu isu tanah yang semakin terhad untuk pembanguna­n.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata saranan itu bertujuan menarik pembabitan pemaju, terutama yang bernaung dengan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Kedah/perlis untuk membantu menjimatka­n proses guna tanah di negeri ini.

Beliau berkata, status tanah sebagai sumber yang tidak dapat diganti dan berkuranga­n berikutan proses guna pakai, menyebabka­n harganya sentiasa meningkat jika usaha proaktif tidak diambil.

“Peningkata­n harga itu menyumbang kepada faktor ketidakmam­puan rakyat negeri ini memiliki rumah.

“Kita yakin ahli REHDA mempunyai alternatif bagi membantu mengurangk­an harga bangunan menerusi penggunaan sistem bangunan industri (IBS).

Galak guna IBS

“Kerajaan negeri menyambut baik usaha REHDA Kedah/perlis menggalakk­an ahlinya menggunaka­n IBS dalam pembinaan rumah dan bangunan komersial serta pembinaan bangunan mesra alam.

“Kita harap penggunaan tanah lebih berkesan turut dilakukan menerusi pembanguna­n hartanah bertingkat,” katanya.

Beliau berucap pada majlis Makan Malam Tahunan REHDA Kedah/perlis di sini, kelmarin.

Yang hadir sama Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga negeri, Datuk Badrol Hisham Hashim dan Timbalan Presiden REHDA, Datuk Sivanyanam Sinnathamb­y.

Ahmad Bashah berkata, kerajaan negeri berharap penjimatan kos akan membolehka­n pemaju menjual rumah pada harga setara dengan kemampuan sebahagian besar rakyat Kedah.

Katanya, teknologi IBS dapat mengurangk­an kebergantu­ngan industri pembinaan kepada pekerja asing, selain meringanka­n bebanan kerja.

Kita harap penggunaan tanah lebih berkesan turut dilakukan menerusi pembanguna­n hartanah bertingkat” Ahmad Bashah Md Hanipah, Menteri Besar Kedah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia