Berita Harian

Perarakan unik meriahkan konvokesye­n UTHM

-

Batu Pahat: Kira-kira 5,000 penduduk membanjiri bandar ini bagi menyaksika­n perarakan unik Town and Gown Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Perarakan kali kelapan berkenaan adalah acara tahunan bagi menguar-uarkan mengenai majlis Konvokesye­n Ke-16 universiti itu yang akan diadakan pada 8 sehingga 10 Oktober ini.

Sebanyak 27 kontinjen membabitka­n 1,500 peserta termasuk mahasiswa, kakitangan UTHM serta kumpulan pancaragam Batalion Ke-5 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) berarak satu kilometer dari Jalan Rahmat ke Dataran Penggaram, sambil mendapat tepukan dan sorakan orang ramai.

Perarakan bermula jam 8.30 ma- lam kelmarin yang dijadikan produk pelanconga­n unik juga bertujuan mengeratka­n hubungan antara warga universiti dan masyarakat setempat.

Amalan turun temurun

Perarakan konvokesye­n bertema Communiver­sity Celebratio­n itu adalah amalan turun temurun universiti ternama luar negara, manakala UTHM adalah antara universiti pertama negara yang menganjurk­annya.

Sambutan diteruskan di Dataran Penggaram dengan Konsert khas kumpulan Forteen serta persembaha­n kebudayaan dan diakhiri dengan pertunjuka­n bunga api.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pengangkut­an, Datuk Ab Aziz Kaprawi dan Naib Canselor UTHM, Prof Datuk Dr Mohd Noh Dalimin.

Sementara itu, Mohd Noh berkata, sambutan majlis konvokesye­n ke-16 UTHM akan diteruskan dengan Pesta Konvokesye­n bermula 5 hingga 10 Oktober ini bertempat di Padang Kawat UTHM.

“Pelbagai acara menarik dianjurkan termasuk gerai jualan dan acara kemuncak konsert artis ternama 80-an Indonesia, Emilia Contessa, pada jam 9 malam, 7 Oktober di Padang Kawat UTHM.

“Acara kemuncak, majlis perasmian Konvokesye­n ke-16 UTHM oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar selaku Canselor UTHM yang akan menyampaik­an skrol pada sidang pertama 8 Oktober nanti,” katanya.

 ?? [FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD/BH] ?? Antara kontinjen yang menyertai Perarakan Town and Gown UTHM di Batu Pahat, Johor.
[FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD/BH] Antara kontinjen yang menyertai Perarakan Town and Gown UTHM di Batu Pahat, Johor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia