Berita Harian

Lawatan erat hubungan Hai-o, China

Langkah jadikan bidang usahawan platform perpaduan dua negara

- Oleh Wan Nur Faliqha Wan Hazani

Malaysia menerusi Syarikat Sahajidah Hai-o Marketing Sdn Bhd akan mengukuhka­n lagi hubungan persahabat­an bersama China terutama dalam sektor perniagaan.

Pengurus Besarnya, Tham Yoke Lon, berkata ia selaras dengan tujuan pihaknya untuk meningkatk­an perpaduan antara kaum di negara ini melalui perniagaan yang dijalankan.

“Pihak kami akan berterusan menyokong perpaduan antara Malaysia dan China dengan menjadikan sektor perniagaan sebagai platform kepada usahawan keduadua negara.

80 peratus pengedar Bumiputera

“Boleh dikatakan sebanyak 80 peratus pengedar dari syarikat ini adalah daripada golongan Bumiputera.

“Malah, pada bulan lalu juga kami membawa kira-kira 1,000 pengedar di bawah syarikat ini ke Beijing, China. Lawatan lima hari tiga malam itu merangkumi pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan,” katanya ketika berucap pada majlis Lawatan Duta China ke Malaysia, baru-baru ini.

Terdahulu, Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang membuat lawatan di Syarikat Sahajidah Hai-o di Jalan Kapar, Klang.

Beliau berkata, antara aktiviti yang dijalankan adalah seminar yang dinamakan Seminar Seberang Laut dan perkongsia­n cerita kejayaan serta pengalaman masing-masing.

Hargai pengedar syarikat

Katanya, lawatan itu juga adalah untuk menghargai pengedar yang banyak membantu memberi komitmen dan keuntungan kepada syarikat berkenaan.

“Ia adalah salah satu inisiatif untuk memberi sokongan kepada pengedar kami supaya mereka lebih bersemanga­t dalam menjalanka­n sesuatu perniagaan.

“Kami turut merasai pengalaman menaiki Bullet Train iaitu salah satu projek China yang berjaya,” katanya.

Beliau berkata, syarikat terbabit sangat unik kerana mempunyai pelbagai kaum yang menjadi pengedar.

“Saya sangat bertuah kerana dapat membuat lawatan ke syarikat ini dan kagum dengan sokongan yang diberikan daripada pelbagai pihak,” katanya.

 ??  ?? Huikang (tengah) bersama Pengerusi Eksekutif Kumpulan Hai-o, Tan Kai Hee (lapan dari kanan); Pengarah Urusan Kumpulan Hai-o, Tan Keng Kang (lapan dari kiri), Yoke Lon (tujuh dari kanan) serta barisan pengurusan dan usahawan Sahajidah Hai-o Marketing,...
Huikang (tengah) bersama Pengerusi Eksekutif Kumpulan Hai-o, Tan Kai Hee (lapan dari kanan); Pengarah Urusan Kumpulan Hai-o, Tan Keng Kang (lapan dari kiri), Yoke Lon (tujuh dari kanan) serta barisan pengurusan dan usahawan Sahajidah Hai-o Marketing,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia