Berita Harian

PERPUSTAM sasar 700,000 pengunjung

Penduduk patut manfaat bahan bacaan disediakan 70 perpustaka­an

- Oleh Norizzah Baharudin

Perbadanan Perpustaka­an Melaka (PERPUSTAM) menyasarka­n seramai 700,000 masyarakat mengunjung­i 70 perpustaka­an rangkaian di negeri ini bagi tahun ini sekali gus memanfaatk­an bahan bacaan disediakan.

Pengarah PERPUSTAM, Mohamed Aizammuddy, berkata dari Januari hingga Ogos lalu, sejumlah 400,000 pengunjung direkodkan mengunjung­i perpustaka­an rangkaian membabitka­n majoriti kalangan pelajar berusia antara tujuh hingga 19 tahun.

Beliau berkata, semua 70 perpustaka­an rangkaian membabitka­n 56 perpustaka­an desa, cawangan (4), komuniti (3), dua perpustaka­an pekan, sebuah perpustaka­an negeri dan selebihnya empat bas multimedia dan perpustaka­an bergerak.

“Perpustaka­an masih lagi menjadi pilihan dalam kalangan pelajar, belia dan masyarakat walaupun kini kita berada pada zaman gajet dan telefon pintar.

“Manfaat yang terdapat di perpustaka­an merangkumi bahan rujukan, serta permainan yang menawarkan bahan ilmiah menarik,” katanya.

Kemudahan bahan rujukan pembelajar­an

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Perasmian Pesta Buku Melaka 2016 di Kompleks Melaka Mall, Ayer Keroh, di sini, kelmarin, yang dirasmikan EXCO Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Datuk Md Rawi Mahmud.

Yang turut hadir, Yang Dipertua Majlis Perbandara­n Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Mansor Sudin.

Mohamed turut berharap, masyarakat khususnya belia terus merujuk bahan bacaan di perpustaka­an, seterusnya memanfaatk­an kemudahan pembelajar­an serta sumber bahan rujukan di pusat ilmu berkenaan.

“Mengunjung­i perpustaka­an masih relevan terutama dalam kalangan pelajar kerana lambakan maklumat ditawarkan, serta bahan rujukan ilmiah yang membantu untuk perbincang­an secara berkumpula­n,” katanya.

 ?? [FOTO KHAIRUNISA­H LOKMAN/BH] ?? Md Rawi (dua dari kanan) merasmikan Pesta Buku Melaka kelmarin. di Kompleks Melaka Mall, Ayer Keroh,
[FOTO KHAIRUNISA­H LOKMAN/BH] Md Rawi (dua dari kanan) merasmikan Pesta Buku Melaka kelmarin. di Kompleks Melaka Mall, Ayer Keroh,
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia