Berita Harian

Pertanding­an wau hidupkan semula sukan tradisi

-

Teluk lntan: Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Kampung Sungai Kerawai dan dan pertubuhan Belia 4B kampung berkenaan mengambil inisiatif menganjurk­an pertanding­an wau sebagai menyambung warisan peninggala­n permainan masa silam.

Sebanyak 250 wau atau layanglaya­ng pelbagai bentuk dan rekaan menyertai pertanding­an yang berlangsun­g sehari di padang Sekolah Kebangsaan Sungai Kerawai di sini kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri Changkat Jong, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin merasmikan pertanding­an itu pada sebelah pagi sementara Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Teluk lntan, Datuk Mah Siew Keong menyampaik­an hadiah kepada pemenang dan merasmikan penutupann­ya pada lewat petang.

Hadiah wang tunai RM500 diberikan kepada johan pertanding­an manakala kedua (RM300), ketiga (RM200) dan enam pemenang sagu hati menerima RM100 setiap seorang.

Ketua UMNO Cawangan Sungai Kerawai, Pestri Khuzari, mencadangk­an pertanding­an itu selepas berasa terpanggil untuk menghidupk­an semula permainan tradisiona­l yang hampir dilupakan terutama dalam kalangan generasi muda.

“Saya berbesar hati apabila Pemuda UMNO dan Belia 4B Sungai Kerawai sanggup mengendali­kan pertanding­an ini,” katanya ketika ditemui semalam.

Ketua Pemuda UMNO cawangan Sungai Kerawai, Mohd Solihin Kamaruddin, 33, pula berkata program itu dirancang dalam tempoh sebulan dengan sasaran awal hanya 100 peserta dengan 100 wau tetapi ia menerima sambutan hangat apabila mencecah hingga 250 wau.

Katanya, sambutan yang diterima bukan setakat sekitar daerah Hilir Perak sahaja, malah ada peserta dari Klang, Selangor; daerah Bagan Datoh serta dari Bidor dan Tapah.

“Sambutan menggalakk­an ini memberi suntikan semangat kepada Pemuda UMNO meneruskan acara ini tahun depan di peringkat Parlimen Teluk lntan pula,” katanya.

 ?? [FOTO ABU BAKAR SIDEK /BH] ?? Mohd Azhar bersama peserta pertanding­an wau di Kampung Sungai Kerawai, semalam.
[FOTO ABU BAKAR SIDEK /BH] Mohd Azhar bersama peserta pertanding­an wau di Kampung Sungai Kerawai, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia